Aksi cemerlang dalam ACL, RM1.2 Juta menanti JDT

Aksi cemerlang dalam ACL, RM1.2 Juta menanti JDT. Pasukan gergasi dari Selatan, Johor Darul Ta’zim dianggarkan bakal membawa pulang hadiah kejohanan sebanyak RM1.2 Juta.

Hal ini rentetan daripada aksi cemerlang pasukan JDT di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun JDT terpaksa akur dengan kekalahan kepada Urawa Red Diamonds pada aksi Round Of 16 semalam, prestasi yang diperagakan Harimau Selatan sepanjang saingan ACL musim ini wajar diberikan pujian.

Selepas disemak di laman sesawang SportingNews, setiap kemenangan yang dicatatkan pasukan pada aksi peringkat kumpulan bakal diberikan ganjaran sebanyak 50,000 USD sementara keputusan seri yang diraih pasukan akan menerima sebanyak 10,000 USD.

Aksi cemerlang dalam ACL, RM1.2 Juta menanti JDT

Setiap pasukan turut akan menerima wang subsidi pelancongan sebanyak 60,000 USD untuk setiap perlawanan.

Untuk rekod, JDT telah mencatatkan empat kemenangan dalam saingan kumpulan serta satu keputusan seri berjaya dilakar. Ini bermakna, JDT dianggarkan bakal meraih keseluruhan hadiah sebanyak 210,000 USD tidak termasuk subsidi setiap perlawanan.

Baca Artikel Penuh