Akhirnya Zul Ariffin mengaku salah muat naik kandungan ‘lucah’, kena denda RM30,000

Oleh MHDAILY

Akhirnya Zul Ariffin mengaku salah muat naik kandungan ‘lucah’, kena denda RM30,000. Pelakon popular, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada Mac lalu.

Zul Ariffin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Zul Ariffin tiba di mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam dan memakai sut kelabu gelap serta pelitup muka, selain diiringi peguam dan rakan.

Baca Artikel Penuh