Akhirnya terdedah identiti sebenar pemandu kancil ‘legend’ yang pernah viral

Jika anda masih mengingati beberapa tahun yang lalu, kehadiran seorang lelaki misteri yang memandu sebuah kereta Perodua Kancil dalam keadaan ‘uzur’ telah menjadi perbualan hangat di media sosial.

Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna Facebook telah menjumpai kereta Kancil tersebut di lorong bersebelahan Hotel Istana, Bukit Bintang.

Gambar yang dikongsi semula oleh Penang Kini telah menjadi perbualan netizen yang aktif membincangkan siapakah sebenarnya pemandu kereta Kancil tersebut.

Dua isu yang ‘dibangkitkan’ dalam ruangan komen adalah bagaimana kereta tersebut dapat melepasi sekatan jalan raya (SJR) dan adakah pemandu tersebut merupakan seorang ‘spy’ yang bekerja untuk pihak berkuasa.

Kebanyakan netizen yakin bahawa pemandu tersebut mungkin seorang ‘spy’ kerana orang biasa sukar untuk melepasi SJR, dan banyak yang tertanya-tanya bagaimana pemandu Kancil itu dapat bebas memandu di pelbagai tempat.

Pada masa yang sama, kejayaan pihak polis dalam merampas dadah bernilai RM32.9 juta dalam tempoh dua bulan yang lalu turut ‘memperkukuh’ spekulasi orang ramai.

Baca Artikel Penuh