Akhirnya Nazrey Johani buka mulut sebab sebenar tinggalkan Raihan

Akhirnya Nazrey Johani buka mulut sebab sebenar tinggalkan Raihan

Akhirnya Nazrey Johani buka mulut sebab sebenar tinggalkan Raihan. Ustaz, kenapa Ustaz berhenti Raihan?

Ada rasa lega bila diberi peluang bertanya sendiri kepada bekas penyanyi utama Raihan. Rasanya sudah berpuluh tahun saya pendam persoalan ini.

Ustaz Nazrey ini ada peribadi yang baik dan sungguh merendah diri. Bila beliau tahu saya dan pasukan dalam misi kemanusiaan di sini, beliau sendiri yang datang jumpa kami.

Berbalik pada soalan tadi, Ustaz Nazrey beritahu yang dia dulu berhenti Raihan masa kumpulan nasyid itu berada sedang melayan kemasyuran.

Masa itu, tiba-tiba Ustaz Nazrey dapat satu panggilan daripada pendakwah di Sabah yang juga guru agama beliau.

Akhirnya Nazrey Johani buka mulut sebab sebenar tinggalkan Raihan

“Bila nak datang Sabah? Sini ada 2,3 orang saja solat jemaah, kalau awak datang sini sekurang-kurangnya bertambah la juga bilangan jemaah,”

Beberapa hari juga Ustaz Nazrey ambil masa untuk berfikir dan akhirnya dia bulatkan hati untuk turun dakwah ke Sabah.

Masa berganti masa. 10 hari lamanya Ustaz Nazrey sudah di Sabah. “Saya tak boleh tinggalkan dakwah di Sabah ni,” Ustaz Nazrey tekad.

Akhirnya setelah menimbang baik buruk dan kerana sayangkan agama maka Ustaz Nazrey ambil keputusan untuk fokus 100% dakwah di Sabah.

Ustaz Nazrey beritahu tidak mudah untuk buat keputusan ini. Bayangkan masa itu Raihan antara kumpulan artis paling terkenal di Malaysia dengan jualan album sahaja mencecah lebih daripada 800,000 unit.

Sampai sekarang pun tidak ada mana-mana artis di Malaysia boleh pecahkan rekod tu.

Ustaz Nazrey juga kata masa itu dia sudah terbiasa tidur hotel 5 bintang dan dihormati oleh ramai orang tapi tiba-tiba bila datang Sabah kena jadi orang kampung biasa dan kena bersusah payah buat kerja dakwah.

Begitulah kawan-kawan.

Kehebatan seseorang kadangkala bukan dilihat pada kejayaan dan pencapaian dirinya.

Tetapi kehebatan seseorang juga dilihat pada seberapa banyak dan seberapa sanggup dia berkorban.

Ibu yang hebat adalah ibu yang paling banyak berkorban. Ayah yang hebat adalah ayah yang paling banyak berkorban. Begitu juga dengan yang lainnya.

Mereka mungkin tidak diberi pingat atau balasan di dunia tetapi percayalah pengorbanan mereka nanti akan sangat bernilai ketika di alam sana nanti. Sebak.

BACA:

lelaki jumpa selipar dalam bubur kacang “Jahatnya buat macam ni!”

Shila Amzah buka mulut, “Tak sabar sangat nak cari laki ni”

Shuib akhirnya buka mulut soal jodoh barunya

CATEGORIES