Akhirnya EU benarkan penerima vaksin AstraZeneca Malaysia masuk Eropah

Oleh MHDAILY

Akhirnya EU benarkan penerima vaksin AstraZeneca Malaysia masuk Eropah. Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) menyambut baik keputusan Kesatuan Eropah (EU) membenarkan penerima vaksin AstraZeneca yang dikilangkan di fasiliti selain diiktiraf Agensi Perubatan Eropah (EMA) untuk melancong ke negara anggota itu.

Setiausaha Agung Kehormat, Dr Fathir Badri Alhadad menyatakan, pihaknya sedia untuk menghantar pelancong Malaysia ke negara-negara Eropah sebaik sahaja sempadan negara dibuka untuk sektor berkenaan.

Beliau juga percaya mereka yang berada di luar negara turut berbesar hati untuk menerima rakyat Malaysia melancong ke negara mereka.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

โ€œApabila kami menerima laporan berkaitan dengan penerimaan penggunaan vaksin AstraZeneca untuk melancong ke negara Eropah, kami amat gembira dan menyambut baik keputusan yang disampaikan oleh delegasi Kesatuan Eropah.
โ€œMereka menjelaskan ianya adalah fasiliti AstraZeneca yang terletak di Korea Selatan dan Thailand yang belum didaftarkan oleh Kesatuan Eropah. Bukan vaksin tersebut yang tidak diterima oleh Kesatuan Eropah. Jadi isu seperti ini, boleh diselesaikan oleh pihak AstraZeneca dan Kesatuan Eropah sendiri,โ€ katanya kepada Astro AWANI.
Dalam masa sama, beliau berharap kerajaan Malaysia akan berbincang dengan Arab Saudi berhubung status jemaah haji yang menerima suntikan vaksin Sinovac.

โ€œBegitu juga yang berlaku dengan vaksin Sinovac yang mana vaksin tersebut telah diterima dan diiktiraf oleh WHO tetapi belum diterima pakai oleh negara Arab Saudi.

โ€œDan perkara ini memang menjadi satu isu kepada kita, rakyat Malaysia sebab ramai antara kita yang mendapat suntikan vaksin Sinovac. Jadi apabila kita tidak pergi menunaikan umrah atau haji disebabkan oleh vaksin Sinovac ianya memang akan mengganggu kita sebagai orang Islamโ€ katanya.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi hanya mengiktiraf vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca kepada jemaah haji sebagai syarat untuk memasuki negara itu.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-bisnes/keputusan-eu-legakan-sektor-pelancongan-mitda-307482

kalau Anda Terlepas:ย Gempar !!! Portal dedah audio mesyuarat MKT Umno