Akhirnya AC Mizal miliki stesen TV sendiri

Akhirnya AC Mizal miliki stesen TV sendiri. Membuka stesen televisyen dengan rangkaian media dan hiburan terbaharu di bawah jenama SUKE TV, Datuk Mizal Zaini atau AC Mizal, bagaikan membuka satu lembaran pilihan terbaharu buat penonton dan masyarakat negara ini.

Tiga bulan menjalankan operasi sepenuhnya, SUKE TV, boleh dikatakan sebagai satu produk kebanggaan buat selebriti serba boleh tanah air ini memandangkan semua orang tahu, bukan mudah untuk menubuhkan sebuah stesen televisyen bermula daripada bawah.

Malah, stesen televisyen yang ada di Malaysia ini juga seakan sudah melalui satu fasa mencabar apabila berdepan dengan kebangkitan zaman media sosial dan platform OTT (Over The Top) atau penstriman di Internet yang kini semakin menjadi pilihan penonton.

Siapa sangka, impian besar ini berjaya direalisasikan oleh AC meski sebelum ini dia juga banyak menerima sindiran dan diperlekeh oleh banyak pihak termasuk rakan-rakan sendiri.

“Memang keadaan itu berlaku. Marah itu ada, tapi itu menjadikan saya lebih bersemangat sebenarnya. Sebelum saya mula SUKE TV ini, ketika itu, ia merupakan percubaan kali terakhir saya. Saya dah nak pulangkan lesen dah.

Akhirnya AC Mizal miliki stesen TV sendiri

Baca Artikel Penuh