AJK Pas Pusat yakin mampu kembali ke tampuk kuasa

Pas

AJK Pas Pusat yakin mampu kembali ke tampuk kuasa. SAYA meyakini PAS, Umno, BERSATU dan parti-parti lain yang membentuk kerajaan sebelum ini akan sekali lagi mencapai persetujuan untuk mencadangkan seorang Perdana Menteri baru. Dengan persetujuan itu, kemelut politik yang berlaku sejak beberapa minggu yang lalu akan mula selesai.

Kejayaan kesemua parti tersebut menyelesaikan pertikaian yang berlaku atas semangat penyatuan ummah dan integrasi nasional akan menggagalkan sama sekali pihak yang mahu ‘menangguk di air keruh’.

Usaha pihak tersebut untuk melaksanakan strategi pecah dan perintah khususnya terhadap Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional sekali lagi menemui kebuntuan.

Selepas ini kesemua parti yang berada dalam kerajaan seharusnya memperkukuhkan lagi kerjasama dan merundingi semua pihak di dalam Majlis Presiden Parti-parti apabila membuat sesuatu keputusan besar.

 Pas

Semangat musyawarah seperti yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang merentasi kaum akan menjadikan Kerajaan PN 2.0 lebih kukuh dari sebelumnya.

Sebuah kerajaan yang kukuh meskipun hanya mempunyai kelebihan empat atau lima kerusi adalah amat penting untuk negara terus menghadapi pandemik COVID-19, yang sudah mula menunjukkan kejayaan kebelakangan ini.

Marilah kita terus berdoa agar negara dan rakyat akan keluar dari situasi gawat ini dan seterusnya kita berganding bahu untuk membina semula negara ini ke arah kesejahteraan rakyat.

“Selamat Menghayati Kemerdekaan”

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat

Berita Penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/17/biduk-lalu-kiambang-bertaut/

BACA: Ismail Sabri PM, Azmin TPM gandingan baharu kerajaan PN 2.0?

CATEGORIES