AJK masjid mengamuk marah pelajar isi air dalam botol dikecam, dakwa ini untuk jemaah sahaja

Oleh MHDAILY

AJK masjid mengamuk marah pelajar isi air dalam botol dikecam, dakwa ini untuk jemaah sahaja. Seorang pelajar di sebuah universiti awam berkongsi kisah memalukan yang dialaminya kerana mendakwa dimarahi seorang ahli jawatankuasa (AJK) masjid di universitinya gara-gara mengambil air minuman di sana.

Menerusi perkongsian pelajar berkenaan di WhatsApp yang kemudian tular di Twitter, seorang pakcik di masjid mengatakan bahawa air wakaf yang ada di sana hanya dikhaskan untuk ‘orang-orang masjid sahaja’.

Walaupun dia merupakan pelajar di universiti berkenaan, pakcik itu tetap melarang untuk mengambil air minuman bertapis di kawasan tersebut.

Baca Artikel Penuh