Aishah kecam netizen kata dirinya kurus sebab sakit

Aishah kecam netizen kata dirinya kurus sebab sakit

Aishah kecam netizen kata dirinya kurus sebab sakit. Pada beberapa hari yang lalu, penyanyi Datuk Aishah telah memuat naik video ketika dia ‘soundcheck’ untuk satu persembahan tetapi menerima komen negatif dari netizen iaitu mendakwa dirinya sakit apabila Aishah kelihatan kurus.

Susulan itu, Aishah di Instagram miliknya telah menjelaskan keadaan dirinya yang sebenar dan menyelar segelintir netizen yang mendakwa dirinya sakit kerana fizikalnya kelihatan tidak seperti dahulu.

“Beberapa hari lepas I uploaded video soundcheck untuk satu persembahan minggu lepas. Memang I akui masa soundcheck tu, I tak berapa sihat dan baru balik trip. Kepenatan dari trip di mana I drive berjam2 membuatkan I kurang mood nak dress up untuk soundcheck.

“Lagipun masa tu dah mula batuk dan demam. Tapi like they say, ‘the show must go on.’ Tapi notice ramai juga yang komen sesedap jari nak taip, jenis-jenis macam ni rasanya memang patut kena maki dik Diva AA,” kata Aishah.

Tambahnya, dia juga persoalkan dan sekolahkan netizen dengan memberi pesanan agar berdiam diri jika tiada benda baik ingin ditulis daripada sakitkan hati orang lain.

Aishah kecam netizen kata dirinya kurus sebab sakit


BACA:

Shahidan kata kerajaan pimpinan PH tidak akan kekal

Ringgit mencanak naik ke paras tertinggi selepas Anwar jadi PM

Shafinaz akui banyak melabur untuk digelar ‘vampire’

CATEGORIES