Air pasang besar di 4 negeri, berisiko alami banjir

Negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia bakal berdepan dengan fenomena air pasang besar bermula 2 hingga 5 Januari 2022.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), antara negeri berisiko termasuk Selangor, khususnya di Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Selain itu, turut tersenarai adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; serta Batu Pahat dan Pontian, Johor.

Fenomena air pasang besar kali ini bagaimanapun dijangka berskala lebih kecil berbanding fenomena sama yang melanda November lepas.

Namun begitu, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat.

air pasang

Menurut JPS, sekiranya keadaan cuaca itu berlaku secara serentak, ini boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.

“Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” menurut kenyataan JPS.

 

BACA JUGA :

6 kajian awal dapati Omicron hanya jangkiti bahagian tekak, bukan paru-paru

Saintis dapati bumi berputar lebih cepat berbanding 50 tahun dahulu, ini kesannya kepada kita

Penduduk kecoh bila ular sawa 8 meter masuk kampung kerana banjir

Artikel ini disiarkan pada 02/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)