Aidilfitri : Ketua Polis Negara alu-alukan orang ramai kongsi video, gambar kesalahan trafik

Oleh MHDAILY

Aidilfitri : Ketua Polis Negara alu-alukan orang ramai kongsi video, gambar kesalahan trafik. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan kesalahan trafik sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, maklumat tersebut boleh dikongsi dalam bentuk video atau gambar kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Tambah beliau, Ops Selamat 18 telah dilancarkan semalam dengan fokus memastikan aliran trafik lancar bagi pengguna jalan raya selain memastikan keselamatan harta benda atau premis kediaman.”Ini bagi menurunkan kadar jenayah pecah rumah dan meminimumkan kes kemalangan semasa musim perayaan.

Baca Artikel Penuh