Aidilfitri di Malaysia tahun ini adalah satu malapetaka kepada rakyat

Aidilfitri di Malaysia tahun ini adalah satu malapetaka kepada rakyat

Malapetaka Buat Ummat dan Rakyat : Pilu Idulfitri 2021

Saya ambil kesempatan membeli dan membelah saat akhir ambang Idulfitri tahun ini di Pekan Nat Kuala Nerang pagi 11 Mei 2021.

Terkejut dengan harga runtuh dan gila oleh peniaga ikan, udang dan buah.

Dua Kilo udang sederhana besar dilelong dengan harga 30 ringgit!!

Ikan yang biasanya dijual dengan saiz yang saya beli biasanya berharga 35 ringgit dijual dengan harga hanya 10 ringgit!!

Buah yang biasanya dijual 12 ke 15 ringgit sepinggan hanya dijual 5 ringgit sepinggan. Kata sahabat saya, dijual dengan harga kerugian!!

Peniaga kasut pula sebut kedainya wajib ditutup jam 130. Dan arahan itu untuk semua peniaga.

Peniaga kuih merayu saya beli kek dan kuih. Saya kata, kuih saya tak beli, tak reti beli dan taktau sapa nak makan kalau beli pon. Ziarah orang mati pon tak boleh. Sapa nak makan kalau beli. Dia kata, taktau la ustaz apa nak jadi.. Pening kami.

Boleh dikatakan semua peniaga membeli stok untuk berniaga sehingga esok, kerana pengumuman awal kerajaan boleh berniaga sehingga esok kata mereka.

Peniaga ikan, udang, buah menyebut tentang perniagaan terpaksa ditutup. Kata mereka sebulan. Paling kurang mereka nak meniaga sampai esok. Stok itu akan membusuk dan tidak boleh dijual.

Lelong dan tanggung kerugian adalah pilihan yang ada.

Kesian mereka. Mereka saudara kita. Yang mampu depa buat, maki kerajaan.

Kerajaan ini sudah mati. Demokrasi sudah mati. Kasihan belas sudah mati. Buat pengumuman sesuka hati.

Kerajaan gagal dengan saiz kabinet paling besar dalam sejarah dan menteri makan gaji buta sepanjang darurat ini sudah tiada kredibiliti.

Ketika Masjid al Aqsa di Palestin diserbu oleh tentera Yahudi adalah petaka kepada umat.. Idulfitri di Malaysia tahun ini adalah satu petaka kepada rakyat !!

#kerajaangagal

Sumber :