Aidiladha : Awas! Polis ada di lorong-lorong tikus

Aidiladha : Awas! Polis ada di lorong-lorong tikus

Aidiladha : Awas! Polis ada di lorong-lorong tikus.Polis meningkatkan pemantauan di lima lorong tikus di kawasan sempadan daerah Gua Musang bagi mengelak cubaan perantau pulang menyambut Hari Raya Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata, pihaknya bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya dengan memasang penghadang besi bagi menutup lorong tikus.

Menurutnya, sebelum ini beberapa kali lubang yang digali telah ditimbus semula oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, penghadang besi itu dibina bagi mengelak cubaan untuk merentas negeri sama ada pulang menyambut raya di kampung atau pulang semula ke Kuala Lumpur melalui jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis.

Aidiladha
“Jadi, kita minta pihak konsesi pasang palang besi bagi menghalang kenderaan mengelak dari melalui sekatan jalan raya (SJR) kita.

“Dan supaya mereka tidak menggunakan jalan pintas atau lorong belakang untuk melepasi SJR kita,” katanya ketika ditemui melakukan tinjauan di kawasan lorong tikus di Kampung Tanah Putih pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Sik berkata, aliran trafik memasuki Kelantan melalui SJR Kampung Tanah Putih lancar, bahkan jumlah kenderaan juga berkurangan,

Katanya, kebanyakan pengguna jalan raya mematuhi arahan yang melarang aktiviti merentas daerah dan negeri.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/aidiladha-pemantauan-di-lorong-tikus-diperketat-309364

Jika terlepas: Sempena Hari Raya Korban, netizen minta Azmin berkorban letak jawatan