Ahli Politik berstatus Datuk bakal tunang Intan Najuwa? Siapa dia?

Ahli Politik berstatus Datuk bakal tunang Intan Najuwa? Siapa dia? Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila pelakon jelita, Intan Najuwa dikatakan sudah melangsungkan pertunangan bersama seorang lelaki berstatus datuk di kediaman keluarganya di Johor Bahru.

Menurut laporan mStar, difahamkan pelakon yang berusia 26 tahun itu bakal menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki pilihannya itu pada tahun ini.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga mengikuti Intan Najuwa mengerjakan umrah baru-baru ini bersama dengan keluarganya pada Januari lalu.

Ahli Politik berstatus Datuk bakal tunang Intan Najuwa? Siapa dia?

“Tidak lama lagi mereka bakal mendirikan rumah tangga. Tunang barunya ada pangkat Datuk. Majlis bertunang baru ni diadakan secara tertutup,” kata sumber.

Sekadar info, Intan Najuwa atau nama sebenarnya Najuwa Abdul Wahid pernah mengikat tali pertunangan bersama ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019.

Baca Artikel Penuh