Ahli Pas mengamuk, bisnes hingga 8 malam jejas nasib 25,000 peniaga burger

Ahli Pas mengamuk, bisnes hingga 8 malam jejas nasib 25,000 peniaga burger

Penyokong Pas yang kontroversi, Mohd Asri Hamid, 43, atau dikenali sebagai Asri Janggut tampil mengkritik pengumuman terbaharu kerajaan berhubung langkah memperketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Usahawan burger yang tahun lalu tular apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat itu mendakwa operasi kedai makan hingga 8 malam akan menjejaskan pendapatan golongan peniaga burger.

“25,000 peniaga burger terjejas, jam 8 (malam) belum boleh buat jualan,” luahnya di Facebook sebentar tadi.

Asri Janggut

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar dengan kapsyen sarkastik) berkata, operasi perniagaan di seluruh negara dihadkan dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja mulai 25 Mei.

Dalam sidang media hari ini juga, menteri Umno itu berkata, kerajaan akan menghadkan masa operasi sektor ekonomi bagi mengurangkan pergerakan orang ramai.

Sehubungan itu, Asri Janggut berharap kerajaan mempertimbangkan kembali keputusan itu memandangkan majoriti peniaga burger bergantung pada jualan harian untuk sara keluarga.

“Bukan semua orang rezeki siang hari, ada yang rezekinya di malam hari,” kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu yang pernah mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Beritya penuh : https://cabaidaily.com/asri-janggut-tak-puas-hati-25000-peniaga-burger-terjejas-bisnes-hingga-jam-8-malam/