Ahli Parlimen Umno pro Muhyiddin keliru dengan tawaran dibuat

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Umno pro Muhyiddin keliru dengan tawaran dibuat. Tawaran Muhyiddin Yassin kepada pembangkang untuk mendapatkan sokongan rentas pati bagi membolehkan dia kekal sebagai perdana menteri tidak dimaklumkan lebih awal, kata seorang timbalan menteri dari Umno.

Bahkan, kata Zahidi Zainul Abidin, ia hanya diketahui oleh mereka semasa Muhyiddin menyampaikan ucapan secara langsung dan dipancarkan ke seluruh negara lewat petang semalam.

“Kita pun baru tahu…. Jadi, sekarang ini kita nak tengok kerjasama (yang dicadangkan Muhyiddin) itu bagaimana,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Baca Artikel Penuh