Ahli parlimen BN umum kekal sokong Muhyiddin

Ahli parlimen BN umum kekal sokong Muhyiddin

Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengumumkan sepakat kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri untuk meneruskan agenda membela rakyat.

Menurut Ahli-ahli Parlimen BN dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata, pendirian itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.

“Apa yang menjadi keutamaan Ahli-ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN), dapat direalisasikan dengan keyakinan bahawa rakyat akan kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Pandemik COVID-19.

ahli parlimen

“Dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik,” memetik kenyataan itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata Ahli-ahli Parlimen UMNO boleh menggunakan budi bicara mereka apabila berlaku sebarang pengundian semasa sidang Parlimen kelak.

Katanya, ia adalah hasil keputusan mesyuarat MKT UMNO malam tadi.

“Namun, difahami bahawa semua keputusan parti mestilah dijadikan panduan oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini susulan Mesyuarat MKT UMNO secara maya semalam.

Malam tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Muhyiddin dengan serta-merta.

Menurut Ahmad Zahid, ia hasil daripada mesyuarat MKT yang mendapati segala panduan utama yang digariskan oleh UMNO sebagai syarat sokongan terhadap Muhyiddin sebelum ini telah gagal dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/ahliahli-parlimen-bn-umum-kekal-sokong-pn-muhyiddin-demi-agenda-bela-rakyat-307419

BACA JUGA : Gempar !!! Muhyiddin dilapor bakal menghadap YDP Agong