Ahli keluarga tawar RM150,000 siapa dapat jumpa Chong Loong

Ahli keluarga tawar RM150000 siapa dapat jumpa Chong Loong

Ahli keluarga tawar RM150,000 siapa dapat jumpa Chong Loong. Ahli keluarga Lee Chong Loong, lelaki yang hilang ketika melakukan pandu uji jet ski di perairan berdekatan Pulau Talang-Talang, Sematan, di sini, menawarkan ganjaran RM150,000 kepada individu yang berjaya menemukan mangsa.

Dalam satu poster yang tular hari ini, ahli keluarga mangsa menawarkan ganjaran RM30,000 dan jika mangsa ditemukan masih hidup pula sebanyak RM150,000 akan diberikan.

“Jika anda mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi 019-8553333 atau 016-8872000. Kami merayu kepada orang awam untuk membantu mencari Chong Loong yang dilaporkan hilang ketika menaiki jet ski dari Pulau Talang Talang ke jeti Santubong.

“Pertolongan dalam pencarian Chong Loong amat diperlukan secepat mungkin,” kata keluarga mangsa dalam poster itu.

Mangsa berusia 46 tahun kali terakhir memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang berwarna hitam dan dilaporkan hilang pada Jumaat lalu sekitar jam 4 petang.

Ahli keluarga tawar RM150,000 siapa dapat jumpa Chong Loong

Selain itu, terdapat juga tatu di anggota badan mangsa.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, Pegawai Bomba Kanan 1 Jaree Mohamad, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelima hari ini masih gagal mengesan mangsa yang hilang sejak Jumaat lalu.

“Anggota SAR dari BBP Lundu sudah melakukan pencarian menggunakan sebuah bot penyelamat di sekitar Pulau Talang-Talang dan seterusnya melakukan pencarian di Muara Sungai Lundu.

“Anggota SAR dari BBP Petra Jaya juga melakukan pencarian menggunakan dua unit bot penyelamat di persisiran pantai dari Tanjung Serpan sehingga kawasan Pulau Talang-Talang serta melakukan pencarian di sekitar Pantai Trombol dan Muara Sungai Buntal.

“Namun, mangsa masih belum dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR ditangguh pada jam 5.30 petang tadi dan akan disambung esok.

BACA:

Muhyiddin dah sabotaj PM, dedah Zahid

Caprice bertegas tak nak minta maaf dengan SM Faisal, bakal berdepan di court

Lelaki dakwa dirinya anak kandung Raja Charles III dan Camilla

CATEGORIES