Ahli JK Khas setuju suspek kes kematian Adib perlu ditangkap. Semua cadangan dikemukakan jawatankuasa khas bagi menyiasat kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, akan menjurus kepada penangkapan suspek kes itu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican, ketika mengesahkan perkara itu turut memaklumkan, jawatankuasa khas berkenaan mengadakan mesyuarat, pagi tadi.
Beliau berkata, perincian syor terbabit akan diumumkan Pengerusi jawatankuasa itu yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
BACA JUGA : Panas !!! Pendedahan Idris Haron langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri Melaka bakal ambil tindakan?
“Hari ini, kami termasuk Pengerusi, Wan Junaidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, mengadakan mesyuarat.
“Saya berada dalam jawatankuasa itu kerana pasukan bomba adalah bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Dalam perbincangan itu, beberapa cadangan dinyatakan dan perinciannya (jenis dan jumlah syor) akan diumumkan Wan Junaidi,” katanya menurut laporan Berita Harian.
BACA JUGA : Wang tak cukup biaya pakej rangsangan ekonomi, perlu naik had statuori hutang – Zafrul
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program ‘walkabout’ Projek Impiana Sky Residensi, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Kelmarin, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian Adib, 24.
Perdana Menteri dipetik berkata, penubuhan jawatankuasa itu membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan kes kematian Adib yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, mendapat keadilan serta pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan.
BACA JUGA : Panas !!! Tular dakwaan kahwin pemimpin Bersatu, akhirnya Erra Fazira buka mulut
Muhammad Adib mengalami kecederaan parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, 27 November 2018 dan meninggal dunia pada 17 Disember tahun sama.
Ditanya sama ada semua perincian dan syor terbabit akan menjurus kepada penahanan suspek dalam kes kematian Adib nanti, Reezal Merican mengaku perkara itu.
Beliau berkata, siasatan kes kematian Adib akan diteruskan, dengan kerajaan sentiasa berusaha mencari keadilan untuknya
“Sukar atau tidak (siasatan kes itu), kita akan melihat segala usaha itu,” katanya.
Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/11/ahli-jawatankuasa-khas-sebulat-suara-syor-suspek-kematian-adib-ditangkap/