Agong titah Anwar menghadap jam 4pm

Agong titah Anwar menghadap jam 4pm

Agong titah Anwar menghadap jam 4pm. Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin saling bersaing untuk menawan Putrajaya dengan kedua-duanya mendakwa mempunyai majoriti.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan tempoh kepada kedua-duanya sehingga sehingga 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum.

Anwar dititah menghadap Agong

3.29pm: Anwar Ibrahim dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam empat petang ini, kata sumber-sumber yang rapat dengan pengerusi PH itu kepada Malaysiakini.

Agong titah Anwar menghadap jam 4pm

Sumber-sumber bagaimanapun tidak menyatakan sebab kenapa dia dipanggil.

Sementara itu BN dalam satu kenyataan rasmi, berkata tiada seorang pun daripada 30 ahli parlimennya telah menandatangani SD yang menyokong Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir berkata perkara itu telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

BACA:

“Jangan sesekali dijolok sarang tebuan” – Hadi

Ismail Sabri sahkan tidak sign SD sokong Muhyiddin atau Anwar

Anwar PM, Tok Mat dan Shafie TPM – sumber

CATEGORIES