Agong tak terima gaji sejak COVID-19, dedah Anwar

Agong tak terima gaji sejak COVID 19 dedah Anwar

Agong tak terima gaji sejak COVID-19, dedah Anwar. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terlebih dahulu tidak mengambil gaji iaitu sejak COVID-19 melanda negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini kerana Seri Paduka cakna dengan keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat.

“Saya nak maklumkan bahawa Tuanku Agong telah menolak gaji sejak COVID-19, lebih awal daripada saya. Baginda tidak menerima sebarang gaji oleh kerajaan sejak COVID-19.

“Saya ingat, eloklah kita beri penjelasan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

Anwar sebelum ini menetapkan pendirian untuk tidak menerima gaji bagi jawatan perdana menteri sebagai langkah memulihkan keyakinan rakyat terutama terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Agong tak terima gaji sejak COVID 19 dedah Anwar

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu.

Jemaah Menteri turut bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan atas semangat keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

BACA:

Rupanya Arash Mohamad ada isteri cantik yang ramai tak tahu

Penting untuk lelaki yang baru masuk umur 30-an buat perkara ini

MINDEF buka pengambilan tentera darat besar-besaran disember ini

CATEGORIES