Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sebuah restoran terkenal di Johor Bahru pada hari ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim berkongsi bahawa
santapan itu berlangsung di sebuah restoran asam pedas yang popular di Johor Bahru.
Pertemuan di Istana Pasir Pelangi
Sebelum santapan tersebut, Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi.
Turut Dihadiri Tunku Mahkota Johor
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut berangkat menghadiri sesi menghadap dan santapan tengah hari itu.
Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bermula 31 Januari lalu untuk tempoh lima tahun.
BACA: Kalau dah jodoh tak kemana, pasangan warga emas berkahwin lepas 2 tahun kenal hati budi