Adun Seberang Jaya santai main golf sekali Nurul Izzah pula bantu penduduk siap beri motorsikal baru

Adun Seberang Jaya santai main golf sekali Nurul Izzah pula bantu penduduk siap beri motorsikal baru. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyampaikan sumbangan kepada pemilik motosikal yang hangus dijilat api di Flat Tuna Seberang Jaya.

Lebih mengejutkan ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin (Bersatu-Perikatan Nasional) sedang main golf di Shah Alam.

15 penduduk Flat Tuna Seberang Jaya terkejut apabila motorsikal yang mereka miliki hangus terbakar dalam suatu kebakaran.

Mantan Ahli Parlimen, Nurul Izzah macam biasa tak cakap banyak bantu apa yang perlu. Mereka kehilangan motor, Nurul Izzah gantikan.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyampaikan sumbangan kepada pemilik motosikal yang hangus dijilat api di Flat Tuna Seberang Jaya.

Nurul Izzah dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak RM30,000 untuk membantu kumpulan B40 itu.

Katanya menerusi posting Facebook, beliau menerima mesej daripada seorang penduduk Seberang Jaya meminta bantuan dan turut memberitahu motosikal itu merupakan mod pengangkutan tunggal yang digunakan.

“Ya, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun ramai penduduk yang datang memohon bantuan daripada saya.

“Mereka juga ada bertemu wakil rakyat kawasan, tetapi mereka datang kepada saya dengan permohonan ini kerana masih menantikan penyelesaian. Kami pergi ke kedai motor dan membeli Modenas Kriss MR3.

“Asalnya, harga motor ni dalam RM4,000 sebijik, tetapi akhirnya dibeli pada harga RM3,500 seusai proses rundingan,” katanya. Saya tersentuh kerana pemilik beri diskaun apabila diberitahu tentang usahasama demi membantu keluarga berpendapatan rendah di Seberang Jaya,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir Flat Tuna D4, Jalan Seberang Jaya.

Difahamkan terdapat beberapa penduduk yang masih tidak dapat menggantikan motosikal mereka kerana kesempitan hidup.

Dalam posting itu, Nurul Izzah turut memberitahu pasukannya juga memudahkan proses penyediaan lesen, cukai jalan dan insurans.

“Berkat dukungan pasukan dan sukarelawan, proses lesen, road tax, insuran, dan isi minyak full tank selesai!

“Semoga token kecil ini dapat membantu mereka mencari pendapatan dan meneruskan kehidupan. ‘Kuda’ dah ada, bolehlah pergi mencari rezeki semula.

“Saya sedar, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, tapi Permatang Pauh sentiasa di hati saya, selama-lamanya,” ujarnya.

BACA:

“Macam ada batu besar sedang menghempap kepala saya. Sedih tak terkata, sudahlah baru kematian suami, bapa mertua pula kata macam tu…”

“Ma, Ajim dah tak ada duit raya, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau” Luluh hati ibu ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini