Adun Perak ditangkap positif dadah adalah dari DAP, kata sumber

Adun Perak ditangkap positif dadah adalah dari DAP.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dari Perak diuji positif dadah ketika serbuan ke atas sebuah kelab malam di Pulau Pinang, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Memetik dari Malaysianow, difahamkan Adun tersebut adalah antara 48 orang penaung di sebuah kelab malam yang terletak di Perai yang ditahan ketika serbuan tersebut.

Adun DAP itu adalah seorang peguam yang berusia sekitar 50-an dan merupakan kepimpinan parti di peringkat negeri.

Beliau menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri bagi penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum 2018.

BACA JUGA : ADUN Perak antara ditangkap positif dadah
Ini 5 petanda minyak enjin kereta anda sudah perlu ditukar, jangan tengok milage je
Saintis dedah penemuan membimbangkan, lautan dunia didapati makin panas

CATEGORIES