Adun Pas Kelantan pertahan tindakan ‘sodok’ surau lapangan terbang

Perobohan surau di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kelantan adalah mengikut prosedur dan peraturan yang sudah ditetapkan kerana ia bakal dibina baharu dengan keadaan lebih kondusif sejajar dengan pelan menaik taraf kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Ahmad Fathan Mahmood berkata, malah, kontraktor yang bertanggungjawab untuk projek menaik taraf surau itu sudah sedia maklum mengenai cara kerjanya selain yakin ia turut mendapat panduan daripada pihak mufti.

Katanya, isu video viral yang menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen di Facebook berkaitan perobohan surau tidak sepatutnya timbul kerana tempat beribadah berkenaan dalam proses untuk dinaik taraf kepada yang lebih baik.

“Saya difahamkan bahawa yang dirobohkan adalah komponen batu dan juga bahagian yang sudah tidak elok untuk disimpan. Kayu atau papan ukiran yang masih dalam keadaan baik diagihkan di beberapa surau sekitar Kota Bharu.

Adun Pas Kelantan pertahan tindakan 'sodok' surau lapangan terbang

FOTO tular menunjukkan kerja perobohan surau berkenaan. FOTO Ihsan Pembaca

“Selain itu, kontraktor juga ditugaskan secara berjadual dan saya dimaklumkan individu yang bertanggungjawab untuk projek di bahagian surau sebelum ini, meninggal dunia, justeru diganti dengan kontraktor baru yang perlu mengejar masa bagi memastikan pelan pembinaan mengikut seperti apa yang dirancang.

“Tambahan pula, surau yang lama agak tidak terjaga sebelum ini, jadi kita menyambut baik pembinaan yang baharu untuk keselesaan orang ramai menunaikan solat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, tular di laman Facebook video berdurasi satu minit 19 saat, menunjukkan sebuah jentolak yang sedang merobohkan binaan surau berkenaan dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Ahmad Fathan bagaimana pun menasihati masyarakat supaya tidak mudah memberi komen negatif jika maklumat yang diterima tidak lengkap kerana ia juga boleh mendatangkan fitnah.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/748225/perobohan-surau-di-ltsip-ikut-prosedur-ditetapkan-metrotv

BACA JUGA : Panas !!! Surau Lapangan Terbang di Kelantan kena ‘sodok’

Artikel ini disiarkan pada 29/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)