Adun Amanah di Kedah terkejut terima whatsapp halang beliau dari jadi sukarelawan vaksin Covid-19

Adun Amanah di Kedah terkejut terima whatsapp halang beliau dari jadi sukarelawan vaksin Covid-19. Adun Pengkalan Kundor, YB Dato’ Dr Ismail Salleh menzahirkan kekecewaan beliau kerana telah dihalang membantu proses vaksinasi di negeri Kedah. Beliau yang juga seorang doktor perubatan secara sukarela menjadi petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di beberapa lokasi di seluruh negeri Kedah sebelum ini.

Antara kejayaan beliau dan pasukan perubatan lain adalah ketika proses vaksinasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila berjaya menvaksinasi 7,345 penerima dalam tempoh 3 hari PPV itu beroperasi. Naib Canselor UUM, Profesor Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani juga dalam kenyataan beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua petugas dan sukarelawan yang terlibat.

adun

BACA JUGA : RM273 juta dibayar kerajaan untuk sistem kastam yang tak siap, dedah laporan audit

Namun, disebalik kejayaan yang telah dicapai YB Dato’ Dr Ismail, hari ini beliau telah dikejutkan dengan satu hantaran ‘whatsapp’ memaklumkan bahawa beliau tidak lagi dialu-alukan menjadi sukarelawan atas faktor politik.

Tindakan kerajaan Kedah yang menghalang penglibatan parti pembangkang untuk bersama-sama membantu mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini amat mengejutkan. Menurut rekod, Kedah merupakan satu-satunya negeri yang masih lagi kekal di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ekoran tahap penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menempatkan pesakit Covid-19 masih melebihi 100 peratus.

BACA JUGA : 4 kali diancam bunuh oleh pengarah filem, penerbit lapor polis

Dalam temubual dengan KedahKini, Dr. Ismail menzahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan YAB Muhammad Sanusi dari Pas itu yang masih lagi mahu berpolitik sedangkan nyawa rakyat di negeri Kedah patut menjadi keutamaan.

“Proses vaksinasi di Kedah sebelum ini terlalu perlahan. Jadi awal Jun saya telah ambil keputusan untuk mengetuai satu “task force” Pakatan Harapan (PH) untuk “mobilize” seluruh Kedah dalam program “Jom Daftar Vaksin.”

BACA JUGA : Panas !!! Data peribadi yang dijual didakwa ambil dari LHDN, akhirnya LHDN bersuara

“Saya juga telah mendaftar dengan MyVac dan Mercy sebagai sukarelawan untuk sama-sama membantu mempercepatkan proses vaksinasi” ujar beliau.

Menurut Dr. Ismail lagi, beliau telah turun di Baling, Yan, Padang Terap, UUM, PkPD Kuala Kedah, Taman Bersatu, Alor Serdang, dan Tok Sibil sebagai sukarelawan bagi membantu mempercepatkan proses vaksinasi.

“Hari ini saya betul-betul kecewa dengan apa yang terjadi. Saya dihalang untuk terus menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan nyawa rakyat di negeri Kedah. Adakah ini kerajaan yang rakyat mahukan?”. Dr Ismail juga berkongsi dengan KedahKini hantaran ‘whatsapp’ yang diterima beliau dari Pengerusi JPKK, Kampung Kuala Kangkong.

adun

Assalamualaikum Dato’.
Sy Pn Zarina bt Kasim pengerusi jpkk kg kuala kangkong. Terlbih dahula sy minta maaf banyak2 sbb x ambl tajaan makanan dr dato’ utk program vaksin sy di Alor Serdang pd 29/9 ni. Sy dimaklumkn program ni anjuran pihak kerajaan jd x ble melibatkn pihak pembangkang. Maaf Dato’.

Sehubungan dgn itu Sy nk maklumkn pd Dato’ supaya tidak hadir sebgai sukarelawan pd hari tersebut. Kehadiran Dato’ akan menimbulkn masalah pd kmi kerana Penghulu sdah memaklumkn pd sy yg pihak penyelaras Dun tidak membenarkn Dato’ hadir pd program kmi ini.

Kehadiran Dato’ sebgai sukarelawan pd program kmi 8/9 yg lalu telah menjadi isu yg besar dipihak penyelaras dun. Sy faham niat murni Dato’ tp sy mnta maaf byk2 .

Sebelum ini Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam titah ucapan Baginda sempena Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Keempat telah memperingatkan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Muhammad Sanusi untuk segera meningkatkan kadar vaksinasi supaya negeri Kedah dapat mencapai imuniti kelompok dalam masa yang terdekat.

Sumber : https://kedahkini.com/pas-kedah-guna-kuasa-politik-halang-adun-pembangkang-jadi-sukarelawan-covid-19/