Adoiii… Gaduh besar di kedai mamak kerana berebut sudu garfu…

Oleh MHDAILY

Sejak semalam, tular di media sosial satu rakaman video pergaduhan di sebuah kedai mamak antara seorang lelaki dan wanita.

Gaduh di kedai mamak
Laman Twitter milik Jabatan Netizen Negara turut memuat naik video berkenaan sehingga menjadi perhatian warganet yang terkejut dengan insiden tersebut.

Ada lelaki datang serang balik
Dari video itu, seorang lelaki warga emas dilihat menjerit ke arah wanit tersebut sebelum ada sentuhan fizikal sehingga suasana menjadi kecoh.

Orang ramai cuba menenangkan kedua-dua pihak sebelum mereka dapat dileraikan. Namun, tidak lama selepas itu, datang beberapa orang lelaki seakan cuba menyerang lelaki warga emas berkenaan yang masih lagi berada di dalam kedai.

Menerusi video itu lagi, beberapa anggota keselamatan dilihat berada di lokasi kedai mamak tersebut dan menahan daripada berlaku lebih teruk kekecohan memandangkan orang awam datang ke situ untuk makan.

Belum ada kenyataan sebenar
Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan berkenaan pergaduhan tersebut dan hanya ada dakwaan-dakwaan yang ditulis di media sosial tentang punca berlakunya kekecohan itu.

Sehubungan dengan perkongsian terebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen di ruangan Twitter Jabtan Netize Negara itu.

Bukan sebab gender, tapi adab!
Ada yang mengecam tindakan wanita itu yang memulakan serangan fizikal ke atas lelaki berkenaan sehingga suasana menjadi lebih tegang dan ada juga menyalahkan warga emas itu yang menjerit ke muka wanita tersebut seakan memulakan pergaduhan.

Pakcik tu jerit dekat muka perempuan tu

Perempuan kalau dah mulakan jangan la play victim

Malu je budak2 tengok

Sumber:https://ohmymedia.cc/tular-video-gaduh-di-kedai-mamak-netizen-dakwa-hanya-sebab-sudu-garfu/

Baca Artikel Penuh