“Adik ipar dari neraka, dia temukan semula suami aku dengan bekas kekasih lama, selepas berpuluh tahun, aku undurkan diri..”

Suami aku tergamam apabila aku call nombor telefon perempuan tu. Dia merayu menangis tak bagi aku call.

Aku tetap dengan misi aku, untuk satukan suami aku dan bekas kekasihnya dulu. Mereka terpisah kerana fitnah..

Aku tak tahu nak mulakan macam mana tapi aku rasa kecewa dan terkilan. Ceritanya begini.. Aku seorang yang bekerjaya.

"Adik ipar dari neraka, dia temukan semula suami aku dengan bekas kekasih lama, selepas berpuluh tahun, aku undurkan diri.."

Suami aku juga tidak kurangnya. Ya betul tiada rumahtangga yang tidak dilanda badai. Tipulah kalau aku katakan kami sentiasa aman.

Tapi sebenarnya memang kami aman dan bahagia kalau tidak ada adik ipar yang t0ksik dan giIa. Silapnya bermula apabila suami aku tak mahu pindah dari rumah ibunya walaupun aku menyatakan hasrat itu demi kebaikan rumahtangga kami.

Ya. Adik ipar aku yang masih belum kawin, andartu, buruk rupa, buruk perangai dan sekolah pun tak habis. Pantang ibu mertua puji dan sayangkan aku. Dia mula mencari onar dan menabur fitnah agar aku dibenci oleh ibunya.

Ibu dan bapa mertua aku? Ada kalanya sebeIah aku. Adakala goyang juga dan termakan hasutan dan fitnah adik ipar. Begitulah rutin harian aku di rumah itu. Aku? Terus bersabar dan suami memujuk aku agar sabar dan katanya memang adikknya itu cemburu dan memang mereka tidak sebulu.

Tambahan pula aku ni kakak ipar yang jauh muda umur dengannya. Tapi apakan daya dia terpaksa menerima aku bertitle kakak iparnya. Kalau ada konflik di antara aku dan suami di rumah itu sudah tentulah dia tahu dan campurtangan untuk memanaskan keadaan.

Cerita luar dalam segalanya dalam rumah itu dijadikan bahan cerita di tempat kerjanya. Nak tahu kenapa? Kerana bekas kekasih suami aku satu tempat kerja dengannya. Maka mudahlah dia menyebarkan aib aku dan suami dengan tujuan mahu mengembar gemburkan ketidakbahagiaan kami suami isteri setelah suami berkahwin dengan aku.

Dulu dia jugalah yang menjadi pemisah antara suami dan bekas kekasih dia. Tetapi sekarang dia menjadi penyebar aib kami pula. Alhamdulillah kehidupan kami makin berjaya, berkereta besar dan anak-anak yang hebat setelah jauhkan diri dari keluarga mertua dan adik ipar.

Dia? Bercerai berai. Masih mencari salah kami dan memburukkan aku dan suami. Ibu bapa mertua aku? Apabila melihat kesenangan aku, mereka menjadi penguat adik ipar pula. Sama-sama naik orang kata. Cemburu.

Kehidupan kami seperti biasa walaupun sering diganggu. Makin jauh makin kami aman. Suami tetap memberi layanan seperti biasa kepada ibu bapanya sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai anak. Apa yang kami berikan tak pernahnya cukup dan bersyukur. Padahal semuanya aku yang banyak memberi melalui suami aku.

Mereka tahu tetapi disebabkan iri hati dengan kehidupan kami. Mereka mencari salah dan sentiasa merasa tidak cukup. Sehinggalah ibu bapa mertua sudah pun meninggaI dunia. Aku ingatkan segalanya selesai di situ.

Ternyata ada dugaan yang Allah berikan lebih pahit dari aku lalui sebelum ini. Ya. Perkara lalu aku lalui dengan penuh jayanya walaupun perit.. Tetapi tidak kepada perkara ini. Aku memaafkan tetapi aku tidak dapat melupakan.

Ujian yang Allah berikan ini amat mencabar dan Allah uji suami aku sehingga dia tewas. Suami dan kekasih lamanya berhubung tanpa sengaja setelah berpuluh tahun terpisah. Melalui siapa wallahualam. Tapi aku dapat rasakan siapakah dalang di sebalik ia berlaku.

Yang membuatkan aku tergamam, apabila kekasih lamanya menyatakan dia tahu semua apa yang berlaku dalam rumahtangga aku selama ini dan berasa terk3jut kerana menyangka suami aku bahagia setelah meninggaIkannya dan berkahwin dengan aku.

Sumpah sejujurnya aku tidak tahu pun mereka terpisah kerana kejahatan dan fitnah adik ipar juga. Keluarga suami aku menolaknya kerana fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Aku kesian. Tapi bukan salah aku. Aku dapat rasakan apa yang kekasih suami aku rasa.

Hubungan mereka dit3ntang dan terpisah. Sehinggalah suami aku berkahwin dengan aku. Jahatnya adik ipar. Memang selepas kahwin suami aku ada menceritakan tentangnya. Tetapi masing-masing sudah berumahtangga.

Tapi apakan daya sudah tertulis suratan mereka bertemu semula dan berwasap tanpa pengetahuan aku. Aku dapat rasakan beberapa perubahan suami dan mula membuat wassap web. Ternyata gerak hati aku betul. Berapa lama mereka mula berhubung aku tak pasti. Nak tahu apa yang terjadi..

Sambungan.. Malam itu semuanya terbongkar. Mereka berhubung dan meluahkan rasa sedih dan kecewa terpisah kerana onar dan fitnah adik ipar. Aku baca dengan teliti satu persatu. Aku gelarkan kekasih lama suamiku “S”.

Dalam wassap mereka “S” menyatakan sebelum suami aku meninggaIkannya tanpa berita, adik ipar ada menyerangnya dan menyatakan dia tidak suka “S” menjadi kakak iparnya. “S” sedih dan berusaha menghubungi suami aku tetapi hampa.

Suami aku pula, ibu bapanya menyatakan “S” tidak layak dijadikan isteri. Suami aku anak yang taat dan meninggaIkan “S” tanpa pesan. Bagaimana ibubapa suami aku tahu siapa “S”. Sudah pastilah dari adik ipar neraka itu.

Sejak itu suami aku dikawal ketat dan telefon juga dikawal rapi oleh keluarganya. Maklumlah anak lelaki tunggal dalam keluarga itu. Akhirnya mereka terpisah tanpa satu lafaz perpisahan. Dalam wasaap itu juga “S” menyatakan, selepas kejadian itu “S” berhenti kerja dan berhijrah jauh akhirnya berkahwin. Suami pula berjodohan dengan aku.

Menurut wassap mereka, mereka rasa gembira dan barulah mereka tahu apa terjadi dan mengapa mereka terpisah tanpa lafaz sepatah pun. Aku turut sedih dan memahami keadaan itu. Kisah cinta mereka yang tragis. Tapi apakan daya seperti yang aku katakan sebelum ini “bukan salah aku”.

Aku tak dapat membantu dulu tetapi aku akan cuba bantu di masa kini. Aku selami wassap mereka satu persatu dan akhirnya aku mengambil keputusan call “S”. Suami aku tergamam apabila aku mendail nombor telefon itu.

Aku menenangkan suamiku dan mengatakan aku dah tahu semuanya. Suami mengelabah dan merayu agar tidak menghubungi “S”. Aku?. teruskan niat aku. Suami aku menangis. “S” menjawab panggiIan tetapi selepas mendengar suara aku, dia terus putuskan talian.

Mungkin “S” dapat syak siapa aku dan apa terjadi. Aku meminta suami membuat panggiIan menggunakan handfonenya pula. Suami turutkan sambil menangis. “S” menjawab panggiIan dan terus bertanyakan apa terjadi.

Sepantas kilat aku menjawab . “Jangan bimbang dik. akak dah tahu semuanya.” Sekali lagi talian diputuskan. Bagaimana nak memberitahu kepada “S” aku restu mereka. Dengan tenang aku menyatakan kepada suamiku jangan bimbang aku benarkan kalian berdua teruskan hubungan. Tetapi pasti ada syaratnya iaitu lepaskan aku.

Aku juga menyatakan aku sedih dengan kisah mereka dan pada masa yang sama aku sangat kecewa dan terasa hati dengan ayat suami aku dan “S”. Ayat itulah yang membuatkan aku sanggup melepaskan dan berundur. “S” masih bersuami.

Menurut wassap “S” suaminya kaki pukuI dan mengambil dadah. Sudah pastilah dia bersedia meninggaIkan suaminya dan menunggu suami aku menjadi hak nya kembali. Suami aku pula dalam wassap tersebut menyatakan rela melepaskan aku jika aku minta dilepaskan demi cinta mereka.

Ya.. aku tunaikan hajat mereka dengan meminta aku dilepaskan. Aku tahu aku akan dilepaskan kerana suamiku sudah menyatakan hasrat itu. Aku faham dan aku kuat. Sedangkan sebelum ini aku kuat melalui ipar neraka dan telah memperolehi kemenangan buktinya aku kekal bahagia berpuluh tahun lamanya dengan suamiku.

Bisik hati aku, apalah sangat dengan dugaan sekecil ini iaitu kalah dalam pertempuran cinta. Siapa aku untuk memaksa aku dicintai setulus cinta mereka. Di hujung usia ini aku hanya mahu tenang dan lakukan yang terbaik buat diri aku dan keluarga.

Disebabkan panggiIan sudah tidak dijawab, aku wassap “S” dan menyatakan aku ‘ok’ dan tahniah kerana berjaya mendapatkan semula cinta lama. Cuma ada satu perkara yang “S” tiba-tiba tak tentu arah iaitu apabila aku meminta nombor telefon suaminya.

Aku menyatakan suaminya perlu tahu kejadian ini. “S” merayu sehingga teresak-esak meminta maaf kepada aku dan meminta agar aku rahsiakan dari pengetahuan suaminya. Dia berjanji tidak akan menghubungi suami aku lagi.

Aku teruskan misi dan visi mendapatkan nombor telefon suami “S”. Setelah beberapa minggu aku berusaha akhirnya aku berjaya dapatkan. Suami aku terus merayu meratap dan meminta maaf di atas kejadian itu. Aku?. aku tetap memikirkan aku selayaknya pergi. Lebih baik pergi.

Suami “S” telah sedia maklum perkara ini, selebihnya aku tak mahu tahu apa terjadi di antara mereka suami isteri. Aku lega kerana berjaya dan kekal tenang setelah memaklumkan perkara ini kepada suami “S”. Aku? Teruskan perjuaangan di hujung usia ini dengan langkah yang lebih berani. Cukuplah sekali. Aku memaafkan tetapi tidak melupakan.

Kepada adik ipar neraka terima kasih diatas percaturan ini. Berjaya juga akhirnya kan. Puaskan lah hatimu dik. Jangan cari aku dengan merayu dan meminta maaf lagi. Aku dah jemu dengan rayuan kau dan tak mampu melupakan apa yang kau dah lakukan.

Aku berjaya melangkah pergi dari segalanya. Suami yang dicintai sebenarnya amat baik. Kami sama-sama berjuaang dulu tapi apakan daya tewas juga di landasan percaturan ini. Aku kekal tenang. Dan suamiku kekal mencari aku. Adik ipar neraka juga mencari aku.

Satu pesan aku tolong jangan cari aku lagi. Selamat tinggal semua. Aku harap kalian dapat bahagian kalian masing-masing. Aku berserah pada yang satu. Aku bahagia sekarang. Aku harap kita tak akan berjumpa lagi.

Selayaknya aku pergi. Jangan berusaha cari aku. Teruskan langkah kalian. Aku tak mahu tahu apa pengakhiran kalian. Aku ingin kekal tenang bersama anak-anak aku. – Madam Z (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Lisa Fairylah Mesti tt kecewa amat sangat sebab tu ambil keputusan lepaskan suami lepas baca chat suami cakap sanggup lepaskan isteri demi kekasih lama. Rajuk tt membawa diri. Bertabah ye tt.. Harap ade jalan penyelesaian yang baik antara tt dan suami tt. Jangan jauhkan anak dengan ayah dia. Kesian.. Jahat macam mana tu ayah anak tt.

Hani Ghani : Kepala hanguk betul laki dia.. Tak taulah remuk camne hati kalo baca wasap laki dia tu siap boleh cakap sanggup lepaskn bini demi cinta hahaha.. Tulah kalo orang yang buat kita lantak lah kan tapi bila suami sendiri aduh hancur betul huhuhu.. Kesian tt tapi ada class tak perlu nak mer0yan bagi je kt perempuan tu nak sangatkan.

BACA: “Walaupun pedih tapi aku gembira akhirnya kakak aku dapat apa dia nak, dulu dia suamiku kini dia abang iparku”