“Adik ipar aku baru je kahwin, dia minta izin duduk sekali, lepas sebulan dia pindah tapi benda yang ditinggalkan mengejutkan aku”.
Malam pertama di rumah mertua, kami diminta pindah bilik, sebab bilik pengantin sekadar untuk bergambar.
Bila pindah bilik, saya tengok hanya cadar dan sarung bantal yang ditukar. Banyak debu pada almari dan lantai.
Bilik air juga tak disental. Rasa berbeza sebab kenduri di rumah saya, mak saya akan pastikan bilik untuk pengantin kemas dan bersih. Esoknya mertua kata kat saya, tak ada siapa nak tolong kemas bilik.
Saya faham lah dia nak justify keadaan bilik tu. Saya diam saja lah. Masa tu tak apa lagi, saya fikir tak apa lah cara kita dibesarkan lain-lain.
Saya juga hadap situasi yang sama macam confessor-confessor yang lain. Saya ke dapur, teman mertua masak, kadang basuh pinggan dan tolong potong-potong. Bila tak cukup perkakasan, saya buka almari kabinet, banyak tahi cicak dan tikus.
Mertua jarang basuh dulu perkakasan sebelum guna. Ni kalau mak saya ni, perkakasan dia yang jarang guna semua dibungkus dengan plastik atau kain elak debu. Bila nak guna, basuh dulu.
Peti ais rumah mertua macam peti ais kat kedai runcit/ pasar basah. Berkerak. Semua benda ada. Yang dah berminggu-minggu. Semua dicampur, makanan mentah, makanan yang dah dimasak.
Atas meja penuh makanan basi. Berkulat. Tapi makanan tu tak dibuang, dan masih dimakan bila perlu.
Makanan lebihan bekas tangan masing-masing, masih disimpan, dihangat, recycle dan makan balik. Kalau mak saya, dia tak bagi campur makanan yang dah usik dengan tangan, dengan makanan lain sebab taknak basi.
Paling tak boleh blah, sudu untuk lauk di rumah mertua, melekit-lekit sebab masing-masing guna tangan kanan yang disuap.
Mak saya selalu marah sebab sudu tu akan diguna oleh orang lain, so tak boleh la melekit-lekit dengan bekas air liur kita.
Lantai dapur juga melekit, anak-anak mertua ramai tapi sampah beberapa hari tak buang, mak mertua kata tak ada siapa nak buangkan.
So, kalau saya kat dapur, kebetulan suami ada, saya minta tolong dia buangkan. Saya boleh buat, tapi saya tak nak, nanti jadi orang gaji tak berbayar, sebab tengok ipar-ipar jenis lepas makan, tinggal saja, angkat punggung masing-masing.
Dapur lepas mertua masak, minyak merecik dibiarkan saja. Dapur masak tu tak ada rupa dapur dah. Mak saya pula jenis lepas masak, kena lap minyak-minyak tu semua. Dalam rumah tu ada kucing. Adik ipar saya bela, ada dalam 3 ekor kucing. Rumah tu berbau kucing. Sofa rumah mertua saya cantik, tapi hancing bau kencing kucing.
Saya selalu rasa was-was nak duduk atas sofa. Dalam kepala saya dah terbayang bukan-bukan. Tapi kita sebagai orang baru, masih nak kena jaga hati. Sejujurnya saya tak lalu nak makan apa-apa bila di rumah mertua, tapi saya tengok adik beradik suami makan bersungguh-sungguh walaupun ada bau n4jis kucing di sekeliling.
Rumah mertua saya selalu ada tetamu, kadang-kadang saya bantu buat air, tapi bila tengok mertua buat air, saya jadi tak lalu. Saya bayangkan kalau saya jadi tetamu macam mana. Cawan yang berdebu tak dibasuh, gula yang bercampur dengan semut, kacau siap dan baru ditapis. Tapi tetamu tak tau.
Ni kalau mak saya, dia suruh basuh dulu cawan, lap kering, baru masukkan air. Gula kalau dah masuk semut, diasing dulu sebelum buat air, atau guna yang baru, bukannya bancuh siap-siap dengan semut. Pernah mertua tinggal di rumah adik ipar, jadi berbulan-bulanlah rumah mertua tu adik ipar yang lain duduk.
Bila kami singgah sebab mertua suruh ambilkan barang, terkejut betul saya. Sampah berplastik-plastik tak dibuang, siap berulat. Dalam toilet pampers anak yang masih bern4jis, rasanya dah dua-tiga hari tak dibuang.
Puntung rokok bersepah-sepah. Saya rasa macam masuk tempat pelupusan sampah. Mak-mak saudara sebelah suami saya pernah sembang-sembang, cakap dengan saya depan mertua, mesti saya terkejut kan lepas kahwin bila tengok dapur dan rumah mertua saya.
Saya diam saja, tak mengangguk, tak juga menambah. Mertua saya baik. Antara menantu-menantu dia, saya yang paling tahan dan boleh lagi jejak kaki ke dapur. Ada seorang adik ipar yang baru kahwin, isteri dia kononnya nak duduk situ jaga mertua, awal-awal tu dia kemaskan dapur, terkejut juga saya jadi nampak la rupa dapur sikit, bagus biras saya ni.
Sekali lepas sebulan dua dia duduk situ, dia pindah keluar, tak jejak-jejak dah kaki ke rumah mertua. Setahun sekali saja lah jumpa. Huhuhu. Saya tak tanya dia apa-apapun, faham sendiri saja lah. Kalau saya pun, saya tak tahan, bila kita seorang saja tukang kemas, yang tukang buat sepah ada sepuluh orang. Boleh jadi sewel.
Mertua selalu suruh saya pakai selipar dapur. Dia tak bagi saya lama-lama di dapur dia. Bila diajak makan, saya selalu makan sikit untuk ambil hati sahaja. Kadang-kadang saya cakap dah kenyang. Rumah saya dekat saja dalam setengah jam. Selalu juga saya datang, saya bawa makanan.
Saya selalu berperang dalam hati antara nak jaga hati keluarga mertua, dengan rasa tak boleh telan makanan, rasa tersangkut kat tekak dan perut yang memual.
Telan air liur pun dah tak boleh. Nak lari tak boleh. Boleh faham tak rasa tu? Bila ada anak kecil, makanan anak biasanya terjatuh di lantai yang penuh debu dan bau najis binatang. So memang saya kena ada dekat dengan anak selalu untuk perhatikan makanan yang masuk mulut dia.
Bila ada adik ipar yang dah kahwin dan ada anak kecil, duduk pula sekali dengan mertua.Rumah tu jadi lagi macam tongkang pecah. Bersepah-sepah mainan. Dah banyak kali anak saudara saya emergency pasal mainan kecil-kecil ni, tapi entahlah, macam tak jadi pengajaran.
Dalam rumah tu, orang-orang tua yang ada, macam tak ada common sense.
Berlainan di rumah saya, ada banyak mata yang perhatikan keselamatan budak-budak kecil. Jadi paling merisaukan saya bila anak-anak saya di rumah mertua. Saya memang kena monitor, ada sentiasa masa anak main. Nak tegur atau kemas-kemas karang, buntang mata adik-adik ipar ni nanti.
Biras-biras saya pula datang rumah mertua setahun sekali. Kalau bermalam pun, paling lama dua malam, ada yang bermalam di guest house, hotel, walaupun rumah mertua banyak bilik. Mereka selalu beli makanan kat kedai. Saya tau mertua kecil hati. Adik-adik ipar kecil hati.
Tapi masing-masing tak luahkan, guna isyarat mata saja. Saya ingat mereka ok. Tapi bila dah lama kahwin ni, kita tahu la rupanya ada sesi mengutuk biras-biras di belakang, tak puas hati seolah jijiik sangat dengan keluarga mereka.
Bila tengok mereka mengutuk, boleh tahan juga. Sebelum ni saya fikir, tak apalah mungkin mereka bukan pembersih dan pengemas, tapi hati mereka baik sebab saya tak pernah nampak mereka mengata. Saya pun tak pernah luah kat suami yang saya tak selesa di rumah dia. Jadi saya ingat semuanya ok, sampai lah dah 8 tahun kahwin, baru saya tahu perangai sebenar.
Mereka mengutuk tu teruk, tak masuk dek akal saya. Biasalah bila kumpul adik beradik, mesti ada sesi mengutuk tapi tahap mengutuk mereka ni bagi saya tahap kurang ajar. Walaupun perempuan.
Rupanya yang luaran jaga hati tu tak sama dengan dalaman. It takes me long time to notice this. Mungkin sebab mertua saya ni pandai bercakap. Sangat jaga hati menantu. Tempat kotor macam tu, macam mana nak beribadah? tu yang saya selalu terfikir.
Saya tengok kain telekung dan sejadah ipar-ipar perempuan bau hapak, ada biji sawi. So memang saya pakai sendiri punya. Ada satu tempat dlm bilik saya yang saya yakin bersih, untuk saya dan keluarga kecil kami solat.
Suami saya bagitau, masa dia kecil, dia lebih suka duduk dalam bilik dia, mengaji Quran, cari ketenangan, dia duduk saja dalam bilik dia. Jadi bila ada satu hari tu, saya tau perangai sebenar adik -adik ipar saya dan saya bagitau suami. Suami saya cakap apa tau, saya saja yang baru tau perangai diorang. Dia dah tau lama pun.
Hahaha. Naive juga saya ni. After 8th year of marriage, baru saya sedor. Apapun, asbab mertua saya yang jenis tak kisah ni, saya dapat suami yang tak cerewet, yang boleh terima saya seadanya.Suami saya akui, banyak yang dia berubah lepas kahwin. Sebab tak ada siapa bagitau dia sebelum ni.
Dia hidup dalam dunia bilik dia sendiri. Awal-awal kahwin, memang saya rasa sakit hati dengan suami, tapi sebab suami biasa jenis jaga hati, saya tengok la balik diri saya. Yang kuat marah tu, saya. Suami saya rileks saja boleh terima kekurangan saya.
Tapi suami kata, apa saya tegur tu betul. Dia pun cuba belajar jadi lebih baik. Awal-awal kahwin, saya dah bagitau siap-siap. Abang, saya ni bukannya pengemas dan pembfersih sangat, kalau nak banding dengan arwah ayah saya dan emak saya, boleh kata saya ni langit dan bumi dengan dioran ,
Tapi saya tak nak jadi pengotor, saya nak jadi makin baik dari hari ke hari. Allah suka orang pembersih, orang yang wangi. Saya nak jadi orang yang disukai Allah. Saya nak rumah ni biar ada ghupe rumah. Saya penat kerja satu hari, saya nak balik rasa tenang tengok rumah. At least ada satu spot yang abang atau anak-anak tak buat sepah area tu, untuk ketenangan hati saya. Hahaha.
Cerita santai-santai lah dengan suami tu, jangan ceramah pula. Contohnya simple-simple saja, baju kotor, jangan dicampur baju bersih. Peti ais saya dibersih dalam dua tiga bulan sekali.Dapur lepas masak, dikemas dan dilap terus (suami rajin tolong saya masak).
Lantai dapur disapu dan sekali sekala di mop. Jangan pijak sampah dan bawa merata-rata dalam rumah. Sampah dibuang tiap-tiap hari. Baju dalam mesin kena sidai, jangan biar berbau. Makanan ditutup, jangan dibiar terbuka. Air dlm jug, ditutup.
Supaya tak dimasuki lipas ke cicak. Bekas gula ditutup kemas, supaya tak masuk semut. Kalau anak-anak buat tumpah kena lap terus supaya tak melekit, dipijak dan semut datang. Tilam dan bantal dijemur sekali sekala nak elak hama.
Tingkap rumah dibuka bagi angin masuk dan rumah tak berdebu. Lepas guna barang dalam stor, simpan balik dan kemas terus. Kunci letak satu tempat, supaya tak hilang. Ni belum cerita bab pergi pasar, pilih sayur dan lauk basah, memasak, siang ayam ikan, membaiki barang, mandikan, basuh poopoo anak.
Belum lagi bab kebersihan diri, yang mana patut shave dan pakai wangi-wangi. Yang mana dah koyak, patut jadi kain lap buruk. Hahaha. Suami saya boleh kata jadi serba boleh sekarang. Suami boleh ikut cara saya. Banyak suami yang tolerate. Dan dia faham, untuk keselamatan, kesihatan, keselesaan saya dan anak-anak juga.
Mertua saya selalu sebut, antara menantu dan anak-anak dia, kami yang paling independent. Mereka nampak suami banyak sangat berubah, mereka kata suami belajar daripada saya. Mereka tau saya dibesarkan oleh single mother, memang saya independent sejak kecil. Mereka kata, walaupun anak-anak mereka yang lain dah besar dan berkeluarga, tapi suami yang paling tak menyusahkan diorang bila dah tua ni.
Sy tau rumah mertua kotor, ada kkurangannya, tapi saya bersyukur asbab tu suami saya tak cerewet. Tak pernah komen apa saya masak. Sentiasa jaga hati saya. Jadi saya pun cubalah tolerate dengan keluarga suami. Kami ada pakatan suami isteri.
Dia akan tolong saya di rumah keluarga dia. Dan saya tolong dia di rumah keluarga saya. Sebab hanya kami tau keadaan sebenar keluarga masing-masing. Saya tak pernah harap mertua atau adik beradik dia berubah, sebab benda ni memang susah diubah.
Saya cuba terima dan bertolak ansur. As long diorang tak mengata depan-depan muka saya, kita buat diam dan pejam mata lah. As long suami saya jadi penyejuk mata saya, saya rasa dah ok. As long saya tak rasa stress di rumah sendiri, saya dah syukur. Pandai-pandailah kita nak hidup dengan keluarga mertua.
BACA:
Mimpi ngeri buat Perikatan Nasional, cubaan tukar kerajaan menerusi Istana tidak akan berlaku