“Adik-adik ditatang bak raja dan permaisuri atas alasan aku anak sulung jadi semua aku kena buat. Ibu tak pernah cakap baik-baik dengan aku sampai aku dah kahwin”

Dah lama aku terasa nak menulis di sini tapi belum ada kekuatan. Pertama kalinya, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada yang sudi membaca kisah aku sebagai anak sulung perempuan.

Ya seperti aku cakapkan, aku anak sulung perempuan. Dibawah aku ada 3 adik iaitu yang ke-2 juga perempuan dan seterusnya lelaki.

Sejak kecil seawal umur aku 10 tahun aku dah mula masuk dapur. Sejak kecil seawal aku umur 10 tahun aku da mula masuk dapur.

"Adik-adik ditatang bak raja dan permaisuri atas alasan aku anak sulung jadi semua aku kena buat. Ibu tak pernah cakap baik-baik dengan aku sampai aku dah kahwin"

Masa tu aku belum pandai memasak tapi aku tetap masuk dapur sebab aku sangat takut dengan ibu. Ibu sangat garang. Lepas subuh aku dah mula buang kulit kulit bawang.

Aku buat je banyak-banyak sebab aku tak berani tanya ibu, nanti kena marah. Aku siang ikan, siang sayur semua siap-siap. Ibu aku cuma masak je. Lepas habis kerja di dapur aku akan basuh baju, sidai baju, basuh kasut sekolah adik-adik, gosok baju. Kalau aku tak buat atau terlambat buat, ibu aku akan mengamuk.

Ibu aku akan naik angin, sumpah seranah semua keluar, ibu aku akan pukul aku, hentak kepala aku di sinki dapur, pulaukan aku dekat atuk nenek dan saudara mara aku cakap aku malas dan macam macam lagi.

Semuanya berterusan sampai aku masuk universiti. Di univeristi untuk pertama kalinya aku rasa hidup aku tenang tapi benda sama berlaku bila aku cuti semester.

Aku akan lalui benda yang sama. Mana adik-adik aku? Semuanya ditatang bak raja dan permaisuri atas alasan aku anak sulung jadi semua aku kena buat. Ibu aku tak pernah cakap baik baik dengan aku. Sampaikan hari aku grad pun ibu aku masih cakap macam macam untuk sakitkan hati aku.

Ibu aku cakap dia tak heran aku grad sebab anak orang lain lebih pandai dari aku. Ya sepanjang majlis konvokesyen ibu tak bertegur sapa dengan aku. Ibu akan selalu brukkan aku dekat rakan rakan sekerja ibu. Cakap aku malas, aku kurang ajar, aku tak pedulikan ibu. Dan macam macam lagi yang buat aku sampai tak nak jumpa kawan2 ibu, sebab aku malu.

Apa yang aku malas pun aku tak tahu sebab aku sentiasa buat kerja rumah sebab aku takut pada ibu. Masa aku baru baik dari operation pun aku masih bangun buat kerja rumah, masak walau aku masih sakit sebab ibu suruh aku buat juga. Aku tak membantah pun tapi ibu tetap burukkan aku pada semua orang.

Bila aku jumpa saudara mara, mesti diaorang akan nasihatkan aku macam macam atas kesalahan yang aku tak buat. Semua sebab mulut ibu. Aku cepatkan cerita kalau tak memang lagi panjang. Sekarang aku dah berkahwin dan dah bekerja.

Ibu aku mewajibkan aku memberi sejumlah amaun pada ibu tiap tiap bulan dan ya aku akur atas tanggungjawab aku sebagai anak. Bukan itu saja, apa saja keperluan ibu seperti baju baru, skincare yang mahal, handphone baru, bil bil rumah aku perlu tunaikan. Sekarang aku sedang kumpul duit sebab ibu nak pergi umrah lagi. Begitu juga dengan kemahuan adik adik lelaki aku.

Nak handphone baru, jam baru, kasut baru ibu akan cari aku. Kalau aku tak tunaikan, ibui hamun sumpah seranah aku akan dapat. Ibu akan ungkit habis semua yang dia lakukan untuk membesarkan aku.

Tapi kenapa hanya aku? Adik lelaki aku memang anak kesayangan ibu. Ibu hadiahkan diaorang motor dan kereta. Adik adik aku berjanji bila kerja diaorang akan bayar bulan-bulan kereta masing-masing.

Tapi, janji tinggal janji walau masing masing dah bekerja. Akhirnya ibu aku tanggung sendiri, ibu tak marah diaorang dan tak minta atas alasan diaorang baru bekerja. Tapi aku yang ibu akan cari untuk selesaikan bahagian bahagian yang ibu tak mampu selesaikan.

Belum lagi ibu paksa aku buat pinjaman untuk selesaikan hutang hutang ibu. Dah tiga pinjaman aku buat untuk ibu. Aku turutkan atas dasar tanggungjawab tapi jujur aku akui aku dah sangat-sangat tak mampu penuhi semua kehendak keluarga.

Kadang-kadang bila aku berterus terang, ibu minta aku pinjam duit dari suami aku. Sebab kesiankan aku suami aku sentiasa turutkan sebab hanya dia yang tahu macam mana susah payah aku cari duit untuk membahagiakan ibu aku. Tapi apa saja yang aku buat, ibu tak pernah nampak.

Aku hadiahkan dia baju mahal, dia tak pakai dia kata buruk. Aku hadiahkan tudung mahal dia bagi pada orang lain, aku belanja ibuan sambut birthday di restoran mewah pun ibu aku marahkan aku atas alasan menu yang dia suka aku order sikit. Pendek kata semua yang melibatkan aku tak kena di mata ibu.

Aku pernah minta tolong ibu temankan anak aku yang bongsu sebab anak sulung aku kena masuk wad tak ada orang jaga si adik. Aku sanggup sponsor tiket flight ibu datang ke rumah. Tapi ibu menolak dan ibu cakap,

“Tu anak kau kan.. jagalah sendiri”.

Sedih sangat aku masa tu tapi aku sedar diri yang aku tak pernah ada tempat di hati ibu. Masa aku berpantang di rumah ibu, ibu tak pernah tidur dengan aku bila malam.

Aku berjaga sendiri bila anak bangun malam nangis. Alasan ibu nanti dia akan sakit kepala kalau terjaga bila anak aku nangis. Tapi masa adik aku berpantang, ibu aku teman dia tidur malam. Aku banyak kali menangis sepanjang berpantang di rumah ibu sebab siang malam hadap maki hamun ibu.

Sampai aku hampir meroyan. Aku pernah suruh ibu aku diam masa ibu tengah maki hamun aku sebab aku rasa nak baling anak yang aku sedang pangku masa tu sebab dah tak tahan. Tapi ibu aku tak peduli pun.

Aku hanya mampu berzikir masa tu supaya aku boleh kawal perasaan. Aku tak habis pantang 44 hari di rumah ibu sebab suami aku tak bagi. Dia takut aku betul-betul meroyan dan anak seterusnya aku berpantang sendiri di rumah dengan bantuan pembantu yang suami aku upah.

Sampai ke saat ini ibu tak pernah tunjuk sayang dia pada aku walau macam macam aku buat untuk gembirakan dia. Apa yang aku buat sekarang adalah aku jarang balik rumah ibu.

Adakah aku berdosa sebab jarang balik jenguk ibu dan adakah aku berdosa sebab ada dendam pada ibu sendiri? Aku tak benci ibu.. Aku sayang ibu tapi aku tak boleh lupa apa yang aku lalui dari aku kecil sampai sekarang.

Reaksi warganet

Armi Miah-
Masih ada lagi ke ibu yang jenis macam tu. Senang cakap pindah beli rumah yang ibu Tak Tau Dan no phone Pon jangan bagi Tau. Sekedar nak renung kan diri, kasi rest diri. Bukan nak putus kan pertalian drah tapi tenangkan diri je..

Inda Sahi-
Memang sesetengah ibu berperangai macamni kadang2 sampai dah Tak Tau nak buat macamana lagi. Akhirnya jadi lilin membakar diri. Ada adik lelaki selalu menyusahkan ibu. Sepatutnya semua anak disayang tapi ini pilih kasih. Ingat ibu pun Ada dosa.

Haliza Husien –
Siapa yang pernah alami dapat rasa macam mana perasaan tu. Tapi mak tetap mak kena hormat. Semoga Kita kuat jangan jadi anak derhaka.

Semuanya sementara aje, Allah nak uji Kita. Banyak berdoa pada Allah kerana dia tempat Kita bergantung. Memanglah Kita cakap mudah suruh orang bersabar tapi itulah sepatutnya. Syukur saudari dapat suami yang memahami. Nampak tak kat situ, dapat mak macam, Tu tapi Allah bagi suami yang baik.

Liza Johs –
Fikir masa depan keluarga sendiri, suami dan anak, doakan saja ibu anda supaya suatu hari insaf akan segala yang dilakukan terhadap anda, jauh kan diri dari keluarga buat sementara, cari ketenangan jiwa. Banyakkan berdoa pada Nya yang esa dan mohon pengampunan tuk ahli keluarga yang lain, moga diberkati dengan izinnya.

BACA: “Laki aku pelik bila aku tolak sentuhan dia dan kerap terperanjat bila disentuh masa baru kahwin, sebenarnya aku ada sorok sesuatu dari pengetahuan suami”