Adalah lebih baik saya tidak bersubahat dengan halatuju Ahmad Zahid Hamidi – Annuar Musa

Bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa reda dengan pemecatannya semalam dan berikrar akan terus berjuang atas wadah perjuangan Umno dan kekal memimpin penyatuan ummah serta menunjangi permuafakatan nasional.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, ahli parlimen Ketereh itu juga mendakwa dia reda melepaskan jawatan berkenaan untuk tidak bersekongkol dengan gerakan-gerakan yang tidak selari dengan keputusan rasmi Majlis Tertinggi Umno.

“Dengan perbezaan prinsip ini, adalah lebih baik saya tidak bersubahat dengan halatuju Ahmad Zahid Hamidi.

“Dengan tidak lagi menjadi SU Agung BN saya lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikuthati nurani dan ‘conscience’ saya sendiri bersama rakan-rakan yang sealiran.

“Justeru, saya dengan penuh reda menerima pemecatan ini dan berserah kepada Allah SWT,” katanya.

Dia berkata, keputusannya itu berikutan beberapa perkara, peristiwa dan dasar yang menuntutnya mempertahankan prinsip serta pendirian politiknya secara tegas dan berterus terang.

Antaranya, Annuar menggaris tujuh perkara utama.

Sokongan secara hitam putih kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BN.

Percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik.

Percubaan menggugat kestabilan kerajaan PN berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu yang merupakan parti teras yang telah mewujudkan perpaduan Melayu dan Islam.

Situasi ‘flip-flop’pimpinan khususnya Pengerusi BN dalam perkara-perkara dasar berhubung Muafakat Nasional (MN) sehingga berlaku kesamaran dan kekaburan dalam halatuju MN.

Seruan demi seruan untuk dibubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya dalam situasi rakyat menderita akibat penularan pandemik Covid-19 dan tekanan ekonomi yang sangat berat.

Kegagalan pimpinan mewujudkan keharmonian dan ketertiban dalam parti, dimanaberterusan bertelagah secara terbuka telah menyebabkan terhakisnya keyakinanrakyat terhadapvisi yang dibawa oleh parti.

Keputusan-keputusan parti seperti ‘No DAP’, ‘No Anwar’, sokongan ‘en-bloc’ kepada kerajaan PN dan lain-lain telah tidak dihormati.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557825

COMMENTS

Wordpress (0)