Ada tanah tapi tiada modal buat rumah, apa tunggu lagi? Mohon segera bantuan bina rumah RM20,000. Bantuan Bina Rumah. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah dengan memperkenalkan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Rumah RMR ini: –
Bantuan RM20,000 Bina Rumah
RMR pada asasnya merupakan program yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah B40 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
Ciri-ciri Program RMR adalah:
Harga Rumah: RM75,000 – RM85,000
Subsidi (Pembinaan): RM20,000
Jumlah pinjaman: Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.;
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.;
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000;
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat
- kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
- Cara Memohon
- Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan program ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan secara atas talian (online) di Portal RMR Online.
Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang diminta di sistem berkenaan.
BACA:
Gaji wakil rakyat di negeri Kelantan bakal naik lagi RM 5000
Galak lebih ramai wanita islam sertai badan beruniform, Polis New Zealand dibenarkan bertudung