Achey dedah kenangan isterinya kerja ‘cleaner’ sebelum kecap kesenangan macam sekarang

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pelawak dan pelakon, Achey berkongsi kisah sebak mengenai pengorbanan isterinya

sanggup bekerja sebagai tukang cuci bagi menampung Achey yang ketika itu baru menceburkan diri dalam industri hiburan.

Menerusi Dol’s Podcast baru-baru ini, Achey berkata isterinya Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne

Bekerja selama tiga bulan sebagai tukang cuci di sebuah bank terkemuka.

Ketika itu Achey menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013.

Achey dedah kenangan isterinya kerja ‘cleaner’ sebelum kecap kesenangan macam sekarang

Dalam audio siar dikendalikan Shuib, Shuk Sahar dan Mamat Sepah, Achey memaklumkan isterinya tidak menggunakan sesen pun daripada gaji dan berkorban menyerahkan semua untuk kegunaannya.

“Apa yang dia (isteri aku) dapat sekarang adalah hasil titik peluh dia dengan aku selama ini.

“Dia pernah kerja sebagai ‘cleaner’ selama tiga bulan selama aku masuk pertandingan ‘Bintang Mencari Bintang’, semua duit gaji itu dia bagi aku.

“Dia kerja ‘cleaner’ untuk suami dia (Achey) yang tak tahulah menang atau tidak pertandingan pada waktu itu.

“Sebab itu bila ada orang usik isteri aku walaupun sikit, aku tak boleh. Aku paling pantang dengan perkara itu,” katanya dalam nada sebak, memetik SinarPlus.

Kata Achey lagi, dia tidak kisah jika ada pihak yang melabel dirinya ‘menunggang’ nama Anne, kerana jika nama isterinya itu tidak disebut, siapa lagi yang akan mengingati Anne.

“Bila orang ramai tahu, lagi ramai orang akan mendoakan dia,” kongsinya lagi seperti dipetik.

Baca juga: