Abang Siti Sarah pula dimasukkan ke ICU kerana Covid-19

Abang

Abang Siti Sarah pula dimasukkan ke ICU kerana Covid-19.Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdaus telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) awal pagi Khamis.

Berita mengejutkan itu dimaklumkan oleh pelawak dan usahawan, Shuib atau Shahmira Muhamad di Instagramnya sekitar pukul 3.04 pagi.

“Assalammualaikum semua Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan abang ipar saya, abang kepada arwah dimasukkan ke ICU.

“Saya mohon mendokan Ahmad Firdaus Raissuddin semoga diberi kesembuhan segera, perkenankanlah Ya Allah,” ujarnya.

Abang

Sebelum ini Shuib memaklumkan abang iparnya sudah lapan hari dikuarantinkan namun tahap oksigen dalam badannya semakin menurun.

Tapi keadaannya ketika itu masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/abang-allahyarham-siti-sarah-dimasukkan-ke-icu-2/

BACA: Panas !!! Hishammuddin, Takiyuddin jumpa Muhyiddin hampir 2 jam lebih

CATEGORIES