‘Abang, saya minta maaf’ Mangsa kemalangan sempat minta maaf dengan suami sebelum hembus nafas terakhir

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 212.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah Selatan di sini hari ini,

Beliau sempat memohon maaf kepada suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mohammad Syuqur Ahmad, 24, suami kepada wanita tersebut, menceritakan bahawa isterinya dalam keadaan kritikal sempat meminta maaf berulang kali sebelum dia berusaha menenangkan isterinya.

“Arwah isteri cedera parah tetapi masih bernyawa. Dalam keadaan nazak itu, dia sempat minta maaf dan saya cuba tenangkannya, berkata jangan fikir apa-apa.

Saya sempat mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia tiba-tiba senyap,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

'Abang, saya minta maaf' Mangsa kemalangan sempat minta maaf dengan suami sebelum hembus nafas terakhir

Menurut pemandu lori itu, kemalangan berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari rumah di Gelung Pepuyu, Bota, pada pukul 4 pagi untuk mengambil lori yang diletakkan di sebuah syarikat di Kampung Acheh, Sitiawan.

“Rancangan kami selepas itu ialah bersarapan di sebuah restoran 24 jam, tetapi kereta saya hilang kawalan ketika cuba mengelak haiwan yang melintas jalan,” katanya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu, tetapi apabila sedar, saya lihat isteri parah dengan seorang anak tercampak keluar. Kami dibantu oleh orang awam untuk keluar dari kereta yang terbalik,” tambahnya.

Mohammad Syuqur juga menceritakan bahawa mereka baru pulang dari kampung isterinya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan, dan tiba di rumah sekitar pukul 11 malam semalam.

“Ketika di rumah keluarga mertua, isteri nampak berbeza – dia gembira dan banyak ketawa. Isteri memang bersungguh-sungguh mahu balik ke kampung untuk berjumpa ibu. Saya perasan dia banyak ketawa dan ada masa dia diam.

“Ketika dalam perjalanan untuk ambil lori pun, dia berkali-kali pesan untuk sampaikan salam kepada ibu saya dan ibu mertua. Ketika itu, saya hairan dan bertanya kenapa sebelum dia menjawab, ‘tak tahulah, nak jadi kot’,” katanya.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 pagi itu, Nor Fadhilah Mohd. Azlan, 24, dan bayi lelakinya berusia 15 bulan, Muhammad Iman Irfan, meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Mohammad Syuqur pula, yang memandu Perodua Kelisa, serta seorang lagi anak lelakinya, Muhammad Alif Sufi, 3 tahun, mengalami kecederaan.

BACA: Terbongkar hiasan dalaman pesawat milik Sultan Johor

2 thoughts on “‘Abang, saya minta maaf’ Mangsa kemalangan sempat minta maaf dengan suami sebelum hembus nafas terakhir”

Leave a Comment