Abang MP Baling dilepas tanpa bebas rai tuduhan subahat rasuah

Oleh MHDAILY

Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan Datuk Abdul Latif Abdul Rahim, abang kepada bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez, daripada dua pertuduhan bersubahat dengan adiknya itu menerima rasuah membabitkan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Perak dan Kedah.

Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed berkata Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas pihaknya memohon Abdul Latif dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dengan menjadikannya saksi pendakwaan.

“Jabatan Peguam Negara (AGC) mempertimbangkan permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan ke atas Abdul Latif selepas dua representasi diserahkan kepada AGC tiga bulan lalu.

Baca Artikel Penuh