“Abah, kenapa Pak Atan ada jari? Hari tu takde jari.”, soalan anak masa PKP bikin ayah gawat

“Abah, kenapa Pak Atan ada jari? Hari tu takde jari.”, soalan anak masa PKP bikin ayah gawat

Aku kena komplen lagilah pasal hal watak Didi and Friends ni. Aku dah mula rasa benda ni menyusahkan.

Kartun ni tak sepatutnya buat kanak kanak berfikir secara heavy. Kartun sepatutnya buat kanak kanak rasa seronok. Itu je.

Tapi tadi, masa anak aku tengok Didi and Friends, lepas dah habis nyanyi si Didi dan kawannya tu, anak aku datang tanya, “Abah, kenapa Pak Atan ada jari? Hari tu takde jari.”

Ah sudah! Aku pun tak perasan, bila dia ada jari dan bila dia takde jari. Untuk kepastian, aku pun check Google.

Nah, memang betul! Masa awal dulu, Pak Atan takde jari. Bulat je tapak tangan dia. Macam Doraemon. Tapi sekarang dah ada jari! Wad is dis men?

“Abah! Abah!” Anak aku panggil lagi. “Kenapa dulu takde jari, sekarang ada? Kenapa bah? Kenapa?”

Aku tak tau nak cakap apa, tapi anak aku sambung cakap lagi, “Dia pakai sarung tangan kot dulu kan bah? Tapi bah, kenapa sekarang tak pakai sarung tangan dah?”

Aduh! Aku ingat dah selesai. Ni dia soal pulak kenapa tak pakai sarung tangan? Runsing aku. Runsing!

Kepada pembuat Didi and Friends, aku tau korang nak cantikkan kartun korang, tapi ada part badan binatang tu biarlah konsisten. Jangan diubah ubah.

Kalau takde jari dari awal, biar maintain je takde jari. Jangan buat kanak kanak ni fikir mendalam sangat. Aku pun penat nak fikir ni. Aku tak suka bagi jawapan yang membohong. Aku nak bagi jawapan berfakta.

Lagipun tak elok membohong kepada budak.

Jadi kepada Digital Durian, harap harap lepas ni jangan ubah lagi anggota badan binatang binatang dalam Didi and Friends tu. Jenuh aku nak jawab ni.

Daripada tengok kartun, terus rasa macam tengok rancangan kuiz sains sebab nak jawab kenapa jari Pak Atan boleh tumbuh lak.

Sumber :