Aaron Aziz pegang watak gay, ini reaksi anak

Aaron Aziz pegang watak gay, ini reaksi anak.

Saya lurus! Demikian tegas pelakon Gambit Saifullah tentang seksualitinya apabila melakonkan watak lelaki songsang menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Menurut Gambit atau Mohd Saifullah Rosli, 37, sebagai pelakon dia cuba menyampaikan mesej tentang situasi yang berlaku dalam masyarakat.

Aaron Aziz pegang watak gay ini reaksi anak

Namun katanya, dia sedia melakonkan watak bernama Izfairin selepas diberitahu bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz.

“Kalau gandingan saya bukan dengan Aaron mungkin susah saya nak ambil job.

“Ataupun kalau mungkin seorang pelakon tu yang saya tak pastilah dia lembut ataupun tidak… susah juga.

“Sebab saya ‘lurus’, jadi kalau bergandingan dengan yang tak berapa ‘lurus’ itu dah kacau,” katanya kepada mStar.

Drama Suamiku Lelaki Pendosa menampilkan barisan pelakon handalan seperti Aaron Aziz, Sophia Al Barakbah, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Maria Farida dan ramai lagi.

Tonton:

Berita Lain:

Tular video itik main sorok-sorok dengan harimau, tonton siapa yang menang

Semua anak pasangan buta ini berjaya ke menara gading,hanya jual tisu di jalanan

Susah nak tamatkan Google dan Netflix, Korea Selatan denda dua gergasi itu

CATEGORIES