A.Aida sekolahkan CEO Awesome TV lepas kena kecam, “bayar dulu hutang!”

Oleh MHDAILY

A.Aida sekolahkan CEO Awesome TV lepas kena kecam, “bayar dulu hutang!”. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Awesome TV iaitu Datuk Adam Ilyas berdepan tindakan saman oleh penerbit drama Datuk A Aida kerana menghasut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) supaya mengambil tindakan tegas menggugurkannya sebagai ahli lembaga agensi itu.

A. Aida atau Zaidah Awang berkata, pemilik stesen televisyen itu tidak berhak untuk mempersoalkan pelantikannya kerana ia telah dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

“Atas kapasiti apa dia hendak mencadangkan Finas mengambil tindakan terhadap saya? Saya tidak buat apa-apa kesalahan dalam Finas malah penyertaan saya sebagai ahli lembaga Finas ialah untuk membantu agensi itu dalam memberi manfaat kepada pekerja-pekerja seni,” katanya kepada mStar.

Baca Artikel Penuh