90% sokong PKP penuh, kata badan pemikir MCA

Oleh MHDAILY

Badan pemikir berkaitan MCA, Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap) berkata, dalam tinjauannya, sebanyak 90 peratus responden menyokong cadangan pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Timbalan Pengerusi Insap Jacob Lee berkata tinjauan di Twitter itu melibatkan 3,489 responden.

Lee, yang sering menjadi jurucakap Pemuda MCA, berkata dapatan menunjukkan perubahan emosi rakyat Malaysia, yang kecewa dengan keingkaran terhadap larangan rentas daerah ketika cuti hari raya lalu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Katanya lagi, sentimen awam juga berubah – cenderung kepada peraturan lebih ketat susulan perkhidmatan hospital kini berada di tahap kritikal.

Lee berpandangan, oleh kerana PKP penuh akan menjejaskan sektor perniagaan, bantuan kewangan seperti kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) dan moratorium pinjaman bank harus dilaksanakan sekali lagi.

Katanya, kerajaan juga patut membenarkan individu membeli sendiri vaksin susulan proses vaksinasi kebangsaan yang perlahan.

Majlis Keselamatan Negara dijangka membincangkan cadangan memperkenalkan semula PKP penuh hari ini.

Banyak hospital kini sudah melepasi kapasiti 70 peratus untuk menampung pesakit Covid-19.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/575522