9 353 kes baharu dicatat, Melaka catat kenaikan mendadak

9 353 kes baharu dicatat, Melaka catat kenaikan mendadak

9 353 kes baharu dicatat, Melaka catat kenaikan mendadak. Sebanyak 9,353 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini meningkat kepada 827,191 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Negeri Selangor terus mencatatkan jumlah tertinggi kes harian dengan 4,277 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1,398 kes.

Manakala Melaka mencatatkan peningkatan kes mendadak sebanyak 835 kes berbanding 222 kes semalam, diikuti Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364) dan Sarawak (352).

kes

Negeri yang mencatatkan kes dibawah 300 kes pula iaitu Sabah (251), Pahang (247), Pulau Pinang (180), Perak (145), Kelantan (89), Wilayah Persekutuan Labuan (85), Terengganu (50), Wilayah Persekutuan Putrajaya (39) dan Perlis (4) kes.

Maklumat lanjut berhubung pecahan kes serta kluster yang direkodkan pada Sabtu akan kami bawakan dari semasa ke semasa.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-9353-kes-baharu-melaka-catat-peningkatan-mendadak-307716

jika terlepas: Bukan pelik tukar pemimpin waktu krisis, kata Khaled Nordin