80 peratus dewasa dapat 2 dos vaksin baru buka sempadan

Australia perlu capai sasaran 80 peratus populasi dewasanya divaksin sebelum mempertimbangkan pembukaan semula sempadan.

Sasaran itu antara yang disenaraikan Perdana Menteri Scott Morrison ketika mengumumkan pelan empat fasa untuk kembali ke kehidupan normal.

Australia kini berada di Fasa A atau fasa mengekang COVID-19 dalam pelan tersebut.

COVID-19: Australia mahu 80 peratus dewasa divaksin sebelum sempadan dibuka semula

Sebahagian besar negara itu diletakkan dibawah perintah berkurung untuk mengekang penularan COVID-19.

Sydney diletakkan dibawah arahan duduk di rumah yang ketat susulan peningkatan jangkitan yang membimbangkan sejak pertengahan bulan Jun akibat varian Delta.

Australia dianggap antara negara yang berjaya menangani krisis COVID-19 jauh lebih baik daripada banyak negara maju lain.

Negara itu hanya rekodkan 34,000 kes dan kurang 1,000 kematian.

Kejayaan ini susulan penutupan sempadan negara itu sejak pandemik bermula.

Jelas Morrison, sempadan akan mula dibuka secara beransur-ansur dalam Fasa C pelan berkenaan.

Setakat ini hanya 18 peratus orang dewasa telah divaksinasi di negara itu.

Pada Fasa C kelak, semua sekatan pergerakan dan perjalanan untuk rakyat Australia yang telah diberikan vaksin akan dimansuhkan.

Perjalanan antarabangsa akan dikembalikan secara berperingkat.

Morrison tidak mendedahkan tempoh masa pelan tersebut.

Namun beliau yakin bahawa Fasa B, atau 70 peratus penduduk diberikan vaksin dapat dicapai pada akhir tahun ini.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-australia-mahu-80-peratus-dewasa-divaksin-sebelum-sempadan-dibuka-semula-311602

BACA JUGA : Tidak boleh cincai-cincai, pemimpin Umno tegur Pas

CATEGORIES