779 guru di Johor dilapor enggan divaksin

vaksin

Seramai 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin supaya golongan terbabit menerimanya.

“Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu untuk diberi penerangan supaya mereka faham kepentingan vaksin apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti.

779 guru di Johor dilapor enggan divaksin

“Sehingga 19 Ogos lalu, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

“Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.

“Bagi anggota kumpulan pelaksana (AKP) pula, seramai 6,539 atau 91.43 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 2,816 atau 39.37 peratus sudah lengkap kedua-dua dos.

“Bagi staf sokongan operasi pula, seramai 9,236 atau 71.49 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 7,030 atau 54.42 peratus lagi sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nor Hayati Bachok (Amanah- Maharani) berkenaan kadar vaksinasi guru di negeri ini pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, hari ini.

Sementara itu, Mazlan berkata, JPNJ menyokong penuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi memastikan program vaksinasi mencapai 100 peratus.

Katanya, kerjasama itu membabitkan warga sekolah, ibu bapa dan penjaga ketika pembukaan sesi persekolahan nanti.

“Merujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 15 Ogos 2021, sesi pembukaan sekolah secara berperingkat akan bermula pada 3 Oktober.

“Pemakluman awal akan dibuat sekiranya terdapat keperluan perubahan tarikh hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/745461/779-guru-di-johor-tolak-divaksin

BACA JUGA : Keputusan henti vaksinasi di klinik swasta tak ikut nasihat diberi

CATEGORIES