700 tahanan PATI berjaya lolos dari tahanan imigresen. Seramai 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini, dilaporkan melarikan diri awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, kumpulan PATI antaranya dipercayai warga Bangladesh, Indonesia dan etnik Rohingya dilihat keluar beramai-ramai dari depot terbabit oleh penduduk tempatan.
Difahamkan, semua tahanan itu di bawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang, namun ditempatkan di depot tahanan sementara berkenaan sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.
Berikutan itu, operasi menahan semula semua tahanan terpaksa dilakukan JIM yang turut mendapat bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu, Kedah dan IPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
#BHnasional Seramai 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu, Kedah dilaporkan melarikan diri awal pagi tadi. pic.twitter.com/phAjDBRPFH
— Berita Harian (@bharianmy) April 20, 2022
Hingga kini, dimaklumkan lebih separuh tahanan yang terlepas dapat ditahan semula dengan operasi mengesan PATI yang masih bebas masih dilakukan pihak berkuasa.
#BHnasional Seramai 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu, Kedah dilaporkan melarikan diri awal pagi tadi. pic.twitter.com/fSXaq0B9Dg
— Berita Harian (@bharianmy) April 20, 2022
Sidang media berhubung kejadian itu dijangka dibuat Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud pagi ini
TONTON :
BACA:
Penceramah bebas ditahan lakukan amang seksual anak rakan sendiri
Kedai emas diserbu orang ramai selepas jadi ‘jutawan’ KWSP
Tukar duit raya di ATM je sekarang, tak perlu lagi beratur panjang di bank