70 wanita umum kahwini pokok

70 wanita umum kahwini pokok.Mahu menyelamatkan hutan daripada diteroka dan meningkatkan kesedaran mengenai pembangunan setempat, sekumpulan 70 wanita memutuskan untuk ‘mengahwini’ pokok di satu lokasi di Bristol.

Newsweek melaporkan mereka mengambil tindakan berkenaan kerana khuatir dengan kesan pembangunan 166 unit pangsapuri yang akan didirikan di situ.

Mereka mengenakan gaun daripada pelbagai latar budaya ketika upacara ‘perkahwinan’ itu.

“Berkahwin dengan pokok adalah hak istimewa. Ia bukan hanya isyarat sentimental tapi signifikan dan simbolik ” kata salah seorang ‘pengantin’, Suzan Hackett.

Suzan berkata, pokok adalah contoh cinta murni tanpa syarat dan perkahwinan sama juga seperti bernafas adalah untuk hidup.

wanita

Penganjur, Siobhan Kierans berkata, dia berharap upacara itu akan menyampaikan mesej bahawa pokok adalah pasangan seumur hidup.

Menurutnya, dia ingin memberikan publisiti kepada ruang hijau terakhir di Harbourside.

Menurut laporan, mereka mengambil inspirasi tindakan berkenaan daripada gerakan Chipko di India.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Bristol enggan memberikan komen kerana permohonan berkenaan akan diteliti semula.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/09/753100/70-wanita-kahwini-pokok

BACA: Sijil vaksin SELangkah kini boleh diguankan, Selangor hargai pengiktirafan pusat