6 kejadian ini akan berlaku jika bumi berhenti berputar

Oleh MHDAILY

6 kejadian ini akan berlaku jika bumi berhenti berputar. Macam yang kita tahu, bumi berputar di atas paksi sambil mengelilingi matahari. Sebab itulah boleh terjadi perubahan waktu dari siang ke malam. Bila cukup satu putaran bumi mengelilingi matahari, maka genaplah 365 hari di mana kita akan bertukar tahun.

Di luar permukaan bumi pula terdapat pelbagai lapisan atmosfera yang akan turut berputar bersama bumi dengan kadar kelajuan 1689 kilometer sejam. Tapi pernah tak korang terfikir, apa akan jadi kalau bumi berhenti berputar?

6 kejadian ini akan berlaku jika bumi berhenti berputar

Banjir besar

Sekiranya pergerakan bumi beransur perlahan, air daripada laut akan bergerak ke kutub. Bila bumi berhenti berputar sepenuhnya, air laut akan membanjiri kebanyakan kawasan di bumi dan meninggalkan satu pulau di tengah bumi.

Atmosfera terganggu

Pergerakan atmosfera adalah seiring dengan putaran bumi. Tapi bila putaran bumi mula perlahan, setiap lapisan atmosfera akan turut perlahan mengikut kadar yang berbeza dan akan membentuk geseran.

Kalau ini berlaku, hanya akan ada empat titik je di pertengahan latitud yang manusia boleh huni.

Gempa bumi di tempat tak sepatutnya

Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu pusat, mantel dan kerak. Geseran ini akan menyebabkan terjadinya gempa bumi, malah di tempat-tempat yang tak pernah terjadi gempa sebelumnya.

Letusan gunung berapi juga akan berlaku tambahan pula di dasar laut. Gangguan geologi ini akan terus berlaku sampai bumi berhenti berputar sepenuhnya.

Enam bulan siang, enam bulan malam

Perubahan siang dan malam berlaku kerana bumi berputar pada paksinya, sambil mengelilingi matahari. Bila bumi berhenti berputar, perubahan siang ke malam akan mengambil masa enam bulan.

Bayangkan hidup dalam keadaan siang atau malam selama enam bulan. Suhu di waktu siang akan mencecah hingga 57 darjah Celcius, manakala di waktu malam pula -19 darjah Celcius.

Cuaca

Cuaca akan sepenuhnya bergantung kepada matahari, bila bumi berhenti berputar. Keadaan cuaca akan ‘dikuasai’ sepenuhnya oleh matahari, jadi cuaca akan sangat senang dijangka. Di bahagian bumi yang cerah, akan terjadi ribut yang sangat kuat.

Bulan

Dalam putaran biasa macam sekarang ni, bumi bergerak lebih laju daripada bulan. Maka bulan akan bergerak menjauhi bumi.Bila bumi berhenti berputar, bulan akan bergerak sebaliknya.

Bulan akan terus mendekati bumi hingga keduanya berlanggar atau graviti bumi memusnahkannya. Walaupun diramalkan kebanyakan manusia takkan mampu bertahan bila bumi berhenti berputar, tapi mungkin segelintir akan selamat. Banyak haiwan yang akan pupus jika perkara ni terjadi, tapi haiwan laut terutamanya di iklim sejuk mungkin terus hidup.

BACA JUGA : Seorang banduan menjadi jutawan selepas keluar penjara
Menteri Pas cadang kepada kerajaan tubuh jawatankuasa royalti Kelantan