56 pendaki masuk kawasan air terjun tanpa permit khas ditahan Polis

Oleh MHDAILY

Seramai 56 pendaki yang mencari keseronokan dengan memasuki kawasan Air Terjun Setinggi, Serendah, di sini, sebaliknya ditahan anggota Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Dalam operasi bermula jam10 pagi hingga jam 4 petang semalam, kesemua individu berusia lingkungan 19 hingga 33 tahun itu ditahan kerana memasuki kawasan air terjun berkenaan tanpa permit sah.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, operasi dilakukan sepasukan pegawai dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor bersama polis susulan aduan terdapat pendaki melalui rumah penduduk untuk ke air terjun itu.

Baca Artikel Penuh