5 tahun Pas tadbir Terengganu, hanya 200 unit rumah je yang siap dari 20,000 yang dijanjikan tapi isteri Exco pemimpin Pas dapat 2 lot tanah!
Seorang isteri kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dan Exco kerajaan negeri didakwa mendapat tiga lot tanah di lokasi strategik dalam kawasan Bandar Kuala Berang.
Terengganu Coverage mendedahkan wanita terbabit merupakan isteri kepadaseorang ADUN yang juga Exco kerajaan negeri.
Menurut dakwaan portal itu, urusan tukar hak milik ketiga-tiga lot tanah tersebut berlaku ketika beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarah agensi pembangunan ekonomi milik kerajaan negeri, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sejak 2018 hingga kini.
“Pada 15 Oktober 2019, dua lot tanah itu iaitu 50136 dan 50137 telah ditukar hak milik kepada penama yang beralamat di No 6712, Kampung Sungai Petai, Kuala Berang.
“Lot 50138 turut bertukar hak milik kepada individu yang sama pada 4 Jun 2020,” lapor Terengganu Coverage.
BACA: Patutlah ada bau pelik, rupanya jiran rumah atas masak suami jadi daging kurma, ini puncanya
Menurut portal itu, PMINT pada mulanya telah membeli satu lot tanah bagi tujuan pembangunan dengan harga lebih RM930,000 pada 13 Oktober 2015.
Jelasnya, tanah di hadapan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu itu kemudiannya dipecahkan kepada tiga lot iaitu 50136, 50137 dan 50138 pada tahun 2017 untuk pembangunan hartanah atau sewaan perniagaan.
Seterusnya, PMINT mengeluarkan tawaran iklan Request for Proposal (RFP) kepada pihak yang berminat untuk menyewa tanah yang terletak di Jalan Ajil – Kuala Berang itu pada Oktober 2018.
“Mengejutkan, penama ialah isteri kepada yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu.
“Lebih mengejutkan, Adun berkenaan ialah Ahli Lembaga Pengarah PMINT sejak 2018 hingga kini,” katanya.
Justeru, Terengganu Coverage menyifatkan wujud pertembungan kepentingan (conflict of interest) melalui hubungan suami isteri membabitkan proses tukar hak milik tanah yang dianggap ‘misteri’ itu.
“Adakah wujud salah guna kuasa apabila tanah bernilai tinggi yang dibeli oleh PMINT kini bertukar milik kepada isteri Ahli Lembaga Pengarah PMINT?
“Secara dasarnya, PMINT tidak menjual tanah kosong yang belum dibangunkan kecuali tanah tapak perindustrian,” tulis Terengganu Coverage lagi.
Bulan lalu, The Corporate Secret mendakwa tanah seluas 11,299 meter persegi berdekatan bangunan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu bernilai RM29.3 juta ‘dijual’ kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa) dengan hanya RM500,000.
Lapor portal itu, keputusan membabitkan tanah strategik di Kuala Terengganu tersebut dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Namun, pihak Pendaftar Tanah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyatakan tidak memberi pertimbangan kepada permohonan Khairunnisa kerana tanah tersebut telah dibuat pengambilan balik pada 2005.
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas dalam reaksinya berhubung hal tersebut dilapor menganggap ia sebagai isu kecil yang sengaja disensasikan pihak tertentu berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir.
Menurutnya, penjualan tanah kepada Khairunnisa itu dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang.
Sumber: https://harapandaily.com/selepas-persatuan-isteri-dan-koperasi-pemimpin-isteri-exco-pas-pula-dapat-tanah/