5 tahun masih gaduh, Izreen upah peguam nak selesai dengan Intan

Oleh MHDAILY

5 tahun masih gaduh, Izreen upah peguam nak selesai dengan Intan. “Saya tak mahu komen, cuma boleh cakap sudah serahkan semuanya pada peguam,” demikian kenyataan pelakon, Izreen Azminda berhubung luahan dimuat naik di Instagram (IG) Story, seolah-olah merujuk kepada bekas madunya, Intan Liana Saleh.

Kata Izreen, 39, dia seboleh-bolehnya enggan memanjangkan kemelut itu, justeru menyerahkan semua kepada peguam.

“Peguam nasihatkan saya ‘tutup mulut’. Peguam akan uruskan semuanya,” katanya ringkas kepada BH Online.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

5 tahun masih gaduh, Izreen upah peguam nak selesai dengan Intan

Pagi tadi, Izreen memuat naik luahan dalam IG Story sebagai kenyataan balas terhadap luahan dibuat Intan.

Menerusi luahan itu, Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam meluahkan hasrat bertemu dengan Intan untuk menyelesaikan perkara berbangkit secara baik.

“Dari dulu sampai sekarang tak berubah, selesai belakang tak nak, syok sangat muat naik dalam IG.

“Saya ini seboleh-boleh tak nak muat naik ‘benda sampah’ dalam IG, tetapi disebabkan perangai kau (Intan) yang selesai depan-depan tak nak, suka muat naik dalam media sosial, terpaksa saya buat cara sama.

“Mari kita berjumpa jika betul sangat diri itu. Jom jumpa Intan Salleh, ini saya ajak terus depan-depan, bawa suami sekali, kita minum kopi. Berani kerana benar,” katanya.

Kemelut itu dipercayai berlaku sejak perkahwinan kontroversi Izreen dan Ude Wahid yang juga pemuzik pada 8 Ogos 2017.

Sebelum itu, Ude pernah berkahwin dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan bercerai pada 22 Mac 2018.

Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5, manakala perkahwinan bersama Izreen turut dikurniakan dua anak, Aaron Ibrahim, 4, dan Ali Idrees, 2.

BACA JUGA :

140 Ketua Bahagian UMNO sepakat tolak jawatan Presiden, timbalan tidak dipertandingkan

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room