5 hari tayangan ‘The Pirates 2’ capai 500,000 tontonan, duduki no 1 ranking Box Office

5 hari tayangan ‘The Pirates 2’ capai 500,000 tontonan, duduki no 1 ranking Box Office.Nampaknya “The Pirates: Goblin Flag” sedang ‘mengganas’ di pawagam Korea!

Ianya merupakan kisah pengembaraan sekumpulan lanun yang berjumpul di lautan luas bagi menjadi pemilik kepada harta karun diraja yang tiba-tiba lenyap tanpa jejak. Filem ini merupakan siri kedua kepada “The Pirates: Bandit Who Went To The Sea” yang diterajui oleh Son Ye-jin dan Kim Nam-gil.

Daripada integrasi perhubungan komputer untuk tiket teater filem, filem berkenaan berjaya membawa 326,541 penonton antara 28 ke 30 Januari. Menjadikan jumlah kumulatif penonton setakat ini ialah 497,166.

Buat “Kingmaker” yang diriliskan pada hari yang sama, ia hanya mampu menduduki tangga kedua dengan 173,670 penonton sepanjang tempoh ini dan kumulatif penonton setakat ini ialah 267,704.

Untuk filem luar negara pula seperti “Spider-Man: No Way Home” dan “Things 2 Gather” mempunyai jumlah tontonan sebanyak 75,630 dan 41,452 orang.

Hebat!

5 hari tayangan 'The Pirates 2' capai 500,000 tontonan, duduki no 1 ranking Box Office

BACA JUGA : PRN Kedah? Apa-apa berlaku jangan salahkan saya, kata Tok Mat

Orang gaji RM140 ribu sebulan dedah apa dia buat dengan duit banyak sebegitu…

Letak tong gas dalam kabinet tertutup boleh undang bahaya, ini sebabnya

CATEGORIES